-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 20 Februari 2014

MALAM JUMAAT YANG KANTOI.......JANDA vs En. Salleh!

PEMBACA

"Jom masuk Kamar........" Langkah Salleh terhenti apabila terdengar ayat itu . Mata dan telinganya segera memberi tumpuan pada rumah JANDA beranak satu. Ah!" Memang sah"!bisik hati Salleh sambil memerhati keadaan sekeliling agar intipannya kali ni TIDAK KANTOI.

Dadanya mula berdenyut kencang.....awal niatnya sengaja mahu mengintai kelibat Janda yang digilainya malam itu......tetapi APABILA TERDENGAR " JOM Masuk Kamar" dan melihat kelibat lelaki itu masuk kerumah Janda beranak satu itu , niatnya terhenti. 


HUH! Maksiat perlu dibenteras walau dia sebenarnya dah SEMAKIN SAYANG PADA JANDA beranak satu itu....tetapi SALLEH PERLU LEBIH SAYANGKAN AGAMANYA, mana boleh maksiat berleluasa, lagipun Salleh adalah Pengerusi JKKKKKKKKKK ......malulah diaa!! 
   
Salleh perhatikan dulu bukti buktinya.....memang lelaki itu sudah berada didalam rumah, berdasarnya pengalamannya mengintai janda itu sejak sebulan yang lalu, anak janda pasti sudah tidur kerana jam sudah 11 malam....memang peluang baik bagi janda dan lelaki itu DOT DOT DOT........huh! 

Salleh bergerak ke arah yang sunyi sedikit, dia SMS rakan rakannya untuk lakukan serbuan.....HATINYA SEMAKIN PANAS kerana ada lelaki lain akan "DAPAT" janda yang telah lama diperhatikannya itu.

Tak sampai 12 malam, Salleh dan beberapa rakan bersama seorang AJK Surau sudah bersedia untuk lakukan serbuan....mereka percepatkan langkah menuju kerumah Janda beranak satu itu......

" Assalamualaikum........." Pintu rumah Janda diketuk,

"Eh...ada apa ni bang......." Suara Janda itu agak terketar kerana terkejut dengan kehadiran ramai orang  dirumahnya.

" Awak ditangkap kerana berdua duan dengan lelaki bukan muhrim..." Kata salah seorang dari ahli kumpulan tersebut, jarinya ditunjuk pada lelaki yang tidak berbaju duduk diatas sofa. 

"Entahnyeee, siap ajak masuk kamar...dah puas lah tuu.......rasa nak belasah jerr budak niii......" Salleh tak dapat menahan kemarahannya, hatinya sakit kerana LELAKI ITU berjaya meratah tubuh montok Janda beranak satu itu....MAU TAK PANASS!!

"Ehh......salah faham ni bang...kami tak buat apa apalah...". Rayu lelaki itu sambil cuba memakai baju tetapi dihalang dengan kasar oleh Salleh.

"Dah dah.....jangan banyak cerita, kita ke balai polis kemudian pejabat Agama buat laporan..." Kata Salleh  yang sempat juga ambil gambar dan diKONGSI di Facebook.....maklumlah KEJAYAAN beliau benteras maksiat malam ini perlu dihebahkan, ini dapat membuktikan dia SEMEMANGNYA LAYAK SEBAGAI PENGERUSI JKKKKK ....!

"Apa ni bang....tuduh meluluuu.....ini adik kandung sayalah.........KAMARudin bin Kerdi, tengok ic saya nii......tengok plak gambo keluarga kami kat dinding tu kalau tak cayeee....." . Kata Janda itu menyebabkan semua "HADIRIN sudah tidak MAMPU untuk BERDIRIN" dengan betul.....miahahahahaha!!  

Errr......err.....Kelihatan juga Salleh sedang klam klibut  MEMADAM STATUS TERBARU yang PANAS LAGI TERKINI DI FACEBOOK MILIKNYA sambil merasa MUKAnya SUDAH KEHILANGAN DARAH!! ....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.