-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 19 Februari 2014

KHAS UNTUK PENIAGA INTERNET,SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA!

PEMBACA

ADAKAH ANDA SEDANG,TELAH ATAU AKAN menjalankan perniagaan di Internet atau ONLINE??  Jika iya cuba baca beberapa tips dan langkah dibawah ini yang mungkin dapat membantu anda kerana TAK SEMUA orang sanggup kongsi kaedah yang mudah ini.

Tak kiralah, apa jenis perniagaaan yang ingin anda jalankan di Internet, perkara utama yang perlu anda ambil tahu ialah PELANGGAN.......kerana itulah yang menentukan KEJAYAAN ANDA.


"Misbah........ajar aku buat blog, aku nak niagalah kat Internet"....... Seorang rakan sekerja mohon pertolongan penulis pagi semalam menyebabkan penulis terfikir untuk berkongsi dengan anda semua SESUATU YANG ANDA PERLU TAHU ......

Macam penulis sebut diatas, PELANGGAN adalah KUNCI utama seorang peniaga ....sudah pastilah  bila kita nak mula berniaga dalam Internet ,KITA PERLU TAHU BAGAIMANA KITA NAK DAPAT PELANGGAN ??  

Salah satunya macam niat rakan penulis diatas, melalui blog atau laman web, selain itu boleh juga melalui Facebook yang mempunyai kemudahan FANPAGE dan GROUPS selain FRIENDS FOLLOWER .......melalui laman sosial lain seperti Whatapp, Twitter dan lain lain.

Semua cara diatas MEMANG BOLEH DILAKUKAN.....penulis pun boleh bantu rakan tadi buat blog, malah boleh siapkan sekali akaun Fanpage dan groups beliau di Facebook tak sampai SEJAM......TAPIIII...........?? Adakah pelanggan?? Adakah orang akan masuk atau like?? INILAH ISUNYA......

Benar, kita perlu promosi dan add (Tambah ) ahli untuk blog,fanpage atau Facebook kita dan ni kita perlu lakukan UNTUK DAPAT PELANGGAN. Benar juga MEMANG ada perisian atau TEKNIK yang dipanggil KOD Script UNTUK cepat tambah rakan terutama diFacebook seperti Autolike dan sebagainya. 

Tetapiii.......setakat pengetahuan penulis, AUTOLIKE itu sebenarnya bahaya kerana KEMUNGKINAN AKAUN FACEBOOK ANDA ITU DI BLOCK oleh Facebook adalah besar kerana CARA ITU SALAH! Lagipun Autolike tidak selalunya DAPAT DILAKUKAN .......

Berdasar kepada pengalaman penulis sendiri, untuk PERKENALKAN DIRI KITA baik di blog ,facebook itu MAKAN MASA........bukannya mudah terutama bila kita ada Fanpage ,kalau tak percaya .....cuba dapatkan  1000 orang  dalam masa seminggu....boleh?? Pastinya tidak kan......

Camne caranya?? Ada jalan singkat? SEBENARNYA ADA jalan singkat untuk dikenali seterusnya dapat pelanggan.......iaitu dengan cara

-Cari dan guna  IMEJ  menggunakan gambar seksi, isu isu PANAS seperti lucah dan sebagainya untuk menarik minat orang ...

- Tumpang PROMOSI LINK BLOG atau Fanpage,groups  anda didalam wall atau komen blog yang DIKENALI RAMAI........

Kedua cara diatas memang boleh diguna pakai tetapi, kita perlu tahu bahawa ADAKAH KITA MINTA KEBENARAN PIHAK PEMILIK (ADMIN) Blog ,Fanpage TERSEBUT terlebih dahulu? Adakah mereka benarkan ?  TIDAKAH KEMUNGKINAN LINK PROMOSI KITA ITU MEREKA PADAM ?? 

Susah kan nak niaga di Internet ni? Hahahaha........sebenarnya tidak susah jika anda HAYATI  DAN FAHAMI KONSEP PERNIAGAAN DIBAWAH......

"Perniagaan ini ibarat satu perkongsian HIDUP ataupun rezeki" 

Yang memberi makna lebih kurang begini, Contohnya,  seorang peniaga kasut akan makan di kedai peniaga kedai makan, peniaga kedai makan pula akan beli kasut di kedai peniaga kedai kasut......begitulah seterusnya  setiap dari kita akan KONGSI REZEKI masing masing dalam bentuk perniagaan.

Begitu jugalah bila kita nak jalankan perniagaan di Internet, kita perlu kongsi kongsikan dengan yang lain  iaitu KONGSIKAN IKLAN ANDA ........iklan anda yang perlu anda keluar sedikit modal dan pastinya IKLAN ANDA ITU HALAL tidak seperti cara yang penulis sebut diatas, bila HALAL rezeki kita dapat pun jadi elok untuk darah daging kita kan kan kan.


Tak faham? Begini, anda perlu keluarkan modal sedikit untuk IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA dimana mana BLOG ATAU FANPAGE YANG SUDAH DIKENALI RAMAI ......Modal @ harga iklan itu bergantung kepada Rating blog atau Fanpage,lagi dikenali lagi mahal lah harganya..... 

Kena bayar?? Benar, anda lihat syarikat syarikat besarpun gunakan CARA BEGINI UNTUK PERKENALKAN PRODUK MEREKA kerana mereka sendiri TAHU PERIT DAN PAYAHNYA jika bergantung pada Fanpage atau laman web mereka sendiri, anda lihat SAMSUNG,CELCOM,MAXIS ,iklan mereka ADA DIBLOG atau laman web yang dikenali.....betul kan??

Kelebihan?? Memang MUDAH cara IKLAN begini kerana anda cuma perlu tunggu dan lihat IKLAN ANDA itu dibaca atau dikenali pelanggan, dimana anda tak perlu bersusah payah mencari pelanggan,pelanggan yang cari anda kerana mereka akan terus HUBUNGI ANDA MELALUI IKLAN yang anda paparkan itu. 

Errr.....ada ke orang akan klik iklan yang dipaparkan itu?? Adehhh! Persoalan ini sukar dijawab tetapi jika anda kaji betul betul, TIDAK SEMESTINYA IKLAN ANDA ITU DIKLIK kerana dari iklan itu saja ANDA SUDAH pun dikenali ,mungkin esok lusa mereka cari anda untuk beli produk, kalau kita berfikir begitu kenapa  syarikat besar seperti SAMSUNG malah Bank sendiri  masih IKLANKAN PRODUK mereka dimerata rata laman web lagi??

KEPUTUSAN DITANGAN ANDA, adakah anda mahu gunakan IKLAN atau anda mahu GUNAKAN CARA SENDIRI yang penulis ceritakan diatas, terpulang pada anda kerana penulis cuma BERKONGSI PENGALAMAN APA yang penulis alami dan rasai........

Semoga anda berjaya ....AMINNNNNNNNNN......!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.