-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 20 Februari 2014

JANJI ALLAH UNTUK PN. SALMIAH HARI JUMAAT

PEMBACA



"Aduhaiii! Bisingnya budak budak niii........" Itu adalah MASALAH YANG biasa terjadi dimana mana Masjid semasa kita solat Jumaat kan? Tak per, anda cuba baca kisah dibawah ini yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah "Khutbah " budak budak ni lebih kuat dari suara Khatib dimimbar depan.

Mungkin anda boleh cadangkan pada pihak pengurusan masjid anda kaedah dibawah......Semoga dapat membantuuuuuuu sambil kita insafi kisah ini.


Selepas segalanya selesai....dimandi dan dikapankan, jenazah Pn Salmiah bersedia untuk dibawa ke Masjid. Jika minggu minggu sebelumnya Pn Salmiah  dibawa ke Masjid oleh suaminya, kali ini dirinya dibawa ke Masjid oleh para Jemaah sambil mengiringi Van Jenazah. 

Di Masjid, Jenazahnya diletakkan dihadapan pintu utama masuk  masjid.......maka setiap jemaah masuk ke Masjid pasti melalui jenazahnya yang akan hulurkan Al Fatihah pada jenazahnya.....untungnya jenazah Pn. Salmiah!

Diluar dan dalam masjid, Jemaah yang sampai ke Masjid untuk solat Jumaat hari itu amat luar biasa....seolah olah mahu menunaikan sembahyang raya......ramainya hingga ada yang terpaksa sembahyang ditepi jenazah Pn Salmiah. Memang pelik tapi itulah HAKIKAT janji Allah!

Siapa pemilik jenazah bernama Pn Salmiah ini? 

Pn. Salmiah bukanlah seorang ustazah mahupun seorang guru tapi beliau cukup dikenali dan digeruni oleh kanak kanak dan para remaja setiap kali solat Jumaat. Malah yang DEWASA pun adakala SEGAN dan malu sendiri dengan Pn. Salmiah.

Apakah jasa besar Pn. Salmiah hingga SAAT dia kembali kepada Allah diratapi oleh setiap jemaah hari itu? 

Begini, seperti pada setiap kali  Jumaat yang lepas , Pn Salmiah akan mengikut suaminya ke Masjid ,bukan beliau mahu menunaikan solat Jumaat tetapi KERANA BELIAU MAHU MENJAGA JEMAAH SOLAT JUMAAT.....

"Pn. Salmiahlah yang akan MENJAGA dan mendidik terutama kanak kanak  supaya TERTIB DAN BERDISIPLIN SEMASA DALAM MASJID......Tugasnya nampak mudah.....tapi KESANNYA AMAT besar pada semua Jemaah kerana dengan adanya Pn Salmiah, para Jemaah dapat mendengar Khatib membaca Khutbah dengan tenang dan akhirnya para jemaah dapat  mengerjakan SOLAT JUMAAT DENGAN KHUSYUK......"

Cuma itu yang dilakukannya menyebabkan Allah memberinya ganjaran yang cukup besar dan boleh memberi pengajaran BUAT KITA........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.