-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 21 Februari 2014

SINAR HARIAN DAH BETULKAN BERITA INI, ANDA BILA LAGI??

PEMBACA

Beberapa hari lepas ramai pengguna Facebook dan Twitter berkongsi kisah yang dianggap kejam "KERANA ADA AKAUN FACEBOOK, SEORANG GADIS DIREJAM HINGGA MATI. Ianya begitu cepat tersebar kerana turut disiarkan oleh media berpengaruh dalam negara kita seperti Sinar dan Metro.

Namun hakikat sebenarnya berita yang disiarkan itu adalah berita palsu yang DIJADIKAN SATU PROPAGANDA untuk memburukkan ISLAM........disini penulis lampirkan bukti yang mengatakan berita itu palsu.


Sebenarnya gambar yang dikongsi dan disiar adalah dari filem 80an iaitu Stoning Of Soraya yang anda boleh dapatkan infonya DISINI.

WASHINGTON – Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.
Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.
Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.
Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.
“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.
Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, laporan dipetik dari Agensi.


PEMBETULAN YANG DIBUAT SINAR .....rujuk pada GAMBAR

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail



Diharap selepas ini para pengguna LEBIH BERHATI HATI SEBELUM berkongsi ,macam manapun ada baiknya  dari penyebaran kisah ini kita dapat tahu adanya FILEM STONING OF SORAYA yang pernah panas satu ketika dulu......



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.