-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 28 Februari 2014

KEJADIAN DI SUNGAI RAJA ALOR STAR KEDAH........aduhaiii!

PEMBACA

Beberapa hari yang lalu Nur sekeluarga  ke Alor Star, Kedah kerana ada jemputan kenduri . Ini kali ke dua Nur menjejakkan kaki ke negeri Kedah. Suka sangat pemandangan di Kedah terutama bila terjumpa sawah padi.

Nasib kami agak malang kerana cuma beberapa meter saja nak sampai ke rumah kenduri, triba triba En Somi merungut tanpa keluar sesungut.......


" Eh! Pesal berat semacam stering nii,macam senget ke kanan jer...." Kata En Somi.

"Bahaya tu bang.....baik berenti dulu......" Nur mula cemas dan anak anak  yang lena dibelakang mula memberi perhatian.

" Minyak stering habis kot...." En Somi berkata sambil menyusur kereta ke tepi .

Setelah berenti.......ADEHH! Rupanya tayar depan pancit. Nak tak hendak, kena lah ganti sementara dengan tayar spare, iyelah! mana nak cari kedai tayar hari hari AHAD ni.....lalu dibuka bonet belakang.

"Laaaaaaaaaaa........tayar spare pun tak ada angin........ini buat HANGIN ni....." Masalah lain pula di beritahu En Somi. Masing masing melihat keadaan tayar spare yang kekurangan angin. Inilahkan, kita SUKA SANGAT TERLUPA DAN TERLEKA untuk CHECK TAYAR SPARE......(Selepas baca ni anda pergi check tauu) .

"Abis camne ni baba....." Tanya anak dara Nur yang kemain melaram nak makan kenduri sambil ambil gambar TAYAR PANCIT DAN DIKONGSI DALAM WALL facebooknya...adehh!

"Kena pam nii......rasanya ada pam dalam kereta nii......" En Somi tercari cari pam dalam bonet belakang. 

"Errr.....abang guna semalam pam beskal, lupa nak masukkan dalam kereta baba...." Adeh! Anak sulong Nur pula menambah masalah seterusnya.....tapi tak kan nak marah kan, dah LUPEEEE......adehh!

"Kena cari pam jugak ni......stesyen minyak tak tau lak kat mana......." Tergaru garu kepala En Somi ,kami anak beranak cuma mampu BERSIMPATI sambil berharap ada orang datang membantu......alahaiiii!! 

"Laaaaaaaaaa....ape lah susahnya, ITU BUKAN PAM BABA?? " Triba triba anak ke tiga berkata sambil menunjukkan sesuatu dimana tempat kami BERHENTI TADI ..........


NAK MARAH PUN ADA, tapi tak boleh NAK SALAHKAN ANAK NUR.......ADOIIIIIIIIIIIIIIII! Dalam HANGIN ITU sempat juga anak bongsu Nur berbisik pada abang dan kakaknya...

" Ooooo......baru Aniq tauu, rupanya PAM pun ada rumah! Besar jugak rumah ENCIK pam ni yeeee"..........ADEHHHHHHHHHHHHH!!!

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.