-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 4 Februari 2014

GEMPARR! KENAIKAN INSURANS PULA TERSEBAR....

PEMBACA

Dalam banyak perniagaan, insuranlah yang paling untung dan RAMAI RAKAN PENULIS YANG JADI AJEN INSURAN BERJAYA jadi kaya raya ,salah satu puncanya ialah KITA TERPAKSA kerana dipaksa, tak percaya? Cuba pergi hidupkan roadtax kereta tanpa perlu beri insuran?? BOLEH KE TIDAK?? 

Memang benar, insurans itu untuk tampung kos kemalangan dan lain lain SEKIRANYA BERLAKU...tetapi dalam 10 biji kenderaan, yang eksiden cuma 1 dan penulis berminat nak tanya anda, adakah anda mahu terlibat dalam kemalangan?? PASTI TIDAK!!
Ok........Cuba jawab pula SOALAN MAUT INI.....


INI SOALANNYA........

Katakanlah.....kita pinjam bank selama 5 tahun, dan setiap tahun kita bayar insuran untuk membolehkan roadtax dihidupkan ....dalam 5 tahun itu juga KITA DAN KENDERAAN KITA SELAMAT dari terlibat dalam mana mana kemalangan....Duit insuran itu HANGUS begitu saja ....betul tak? 

Abis tu roadtax tu ?? Roadtax tu kita tak berkira sangat kerana kemungkinan duit itu boleh digunakan kerajaan untuk pembangungan dan lainnya........tetapi INSURANS?? KEMANA DUIT KITA YANG TELAH DILABURKAN SELAMA 5 TAHUN ITU TADI?? 

Paling sadis lagi sedih, sekiranya berlaku kemalangan...bukannya MUDAH nak dapatkan kembali HAK KITA.......kadang kala ada kereta yang sudah habis bayarpun tapi KERETANYA MASIH "DERITA" DIBENGKEL?? Teringat penulis seorang rakan yang mahu mendapatkan insuran cermin keretanya yang pecah.......bila dia pergi mohon, dijawab oleh ejen insuran tersebut....errr! Insuran cermin kereta encik ni BAHAGIAN BELAKANG,bukan depan!!Dia pusing kot situ PULOK DOH!! .....

BIla difikir fikir...Apa sebenarnya yang kita dapat?? Cuma "covernote sekeping" dan SEKAKI PAYUNG ....itu ajelahh! Sebab itulah penulis TAK PUAS HATI KALAU KADAR INSURANS DINAIKKAN atau ditetapkan.

Kita nak ambil insurans ni tak kira apa jua ADALAH HAK KITA ...tak perlulah ditetapkan BERAPA BERAPA JUMLAHNYA kerana insurans ni ibarat "DERMA" juga....

"Berapa nak derma itu terserah, dan AKAN JADI LAIN MAKSUDNYA apabila kita diminta MENDERMA dengan kadar tertentu seperti dibawah 
                 "RM100 UNTUK DERMA PEMBINAAN SURAU"

INILAH KADAR DAN BERITA YANG TELAH TERSEBAR...

Pelarasan tarif insurans diluluskan - Utusan Online

5 Februari 2014

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.

Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.

Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.

Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.

Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.

Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.

TAKPELAH.......SEDIH SEDIH PUN KENA HADAPI JUGA......layan ajelah produk terbaru dari UJANG ni....semoga kita dapat SENYUM DALAM DERITA!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.