-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 1 Februari 2014

CUBA FIKIR FAKTA INI... MUNGKINKAH INI YANG DIRANCANG?

PEMBACA

Menjawab persoalan yang berlaku di Selangor ini biarlah kita berpandu pada fakta dengan merujuk kembali kepada apa yang telah berlaku. Mungkin fakta dari beberapa kejadian kejadian dibawah boleh kita jadikan panduan. 

Kenapa penulis sebut fakta? Sebab kejadian yang berlaku ini bukan satu fitnah dan ianya sudahpun berlaku dan menjadi sejarah untuk kita rujuk sebagai pedoman ataupun peringatan.

Isu JAIS yang menyebabkan berlakunya pertikaian kalimah ALLAH adalah satu fakta yang perlu kita beri perhatian. Dari isu JAIS ini kita sudah nampak adanya bibit bibit permusuhan kaum melibatkan agama yang cuba dicetuskan. 

Mungkinkah PERMAINAN ini sudah dapat dihidu oleh Pakatan Rakyat yang menyebabkan mereka perlu MENYEKAT agar ianya tidak disemarakkan lagi hingga menjadi tegang antara kaum? Jangan lupa Agama Kristian ialah antara agama tertinggi dalam negara kita dan ramai penganutnya adalah kaum Cina. 

INGAT juga.....peristiwa 13 MEI bermula dari SELANGOR ? Juga perlu diingatkan bahawa Tan Sri Khalid MB Selangor ialah tokoh Korporat dan bukan ahli politik yang akhirnya menjadi ALAT MEDIA UNTUK memesongkan pemikiran kita yang dibawah......Jangan kata FAKTA INI TIDAK BENAR, permainan media ini sudahpun bermula dan ada dikalangan pemimpin dan pengikut PAKATAN rakyat sendiri SUDAH TERIKUT IKUT RENTAK MEREKA. 

Apa kah itu? Ok......Yang dimomok dan CUBA DIBERI PERHATIAN IALAH adanya usaha UNTUK MENYINGKIRKAN TS KHALID SEBAGAI MB Selangor dan diganti oleh DS Anwar. Semua pihak berbicara tentang isu ini sekarang, Anwar GILA KUASA, AZMIN CUBA JATUHKAN KHALID ....hingga kita terlupa ADA SATU LAGI ISU YANG LEBIH BESAR seperti dibawah.

INI kenyataan Tun Dr Mahathir ............

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno.

Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno.
"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun.

"Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini.


Kata orang kalau tiada ANGIN tak kan pokok boleh bergoyang.....NAH! ANDA NAMPAK TAK apa yang penulis nampak.........ISU SINGKIR KHALID DIBESARKAN untuk menutup ISU PERANCANGAN MENJATUHKAN PERDANA MENTERI DS NAJIB?? Anda cuba fahami maksud yang disebut Rafizi....." Menjadi rahsia umum" yang memberi makna bahawa Isu singkir PM memang DITUTUP RAPAT sedangkan isu Khalid dibiarkan RAPAT pada media dan rakyat.

Benar, ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya benar, cuma penulis inginkan kepastian APAKAH MAKSUD "RAFIZI RAMLI" dibawah ini memberi kemungkinan pada isu isu diatas SEBAB

PERTAMA -  JIKA KITA TELITI BETUL BETUL, Kuasa Mutlak melantik MB Selangor terletak ditangan Sultan bukan ditangan  Anwar Ibrahim mahupun penyokong parti,penyokong parti dan pimpinannya CUMA BOLEH MENCADANG tidak lebih dari itu. Andai kata Sultan tidak setuju maka TS Khalid akan terus memimpin ataupun akan diganti oleh calon dari PAS.....Jadi MANA logiknya isu ANWAR jadi MB Selangor diwar war??

KEDUA - Isu ketegangan kaum yang penulis ulas diatas memang kita sudah NAMPAK BIBIT BIBITNYA dan ianya sedang bermula diSelangor dan Pulau Pinang kerana majoriti kaum Cina terdapat di kedua dua negeri diperintah PR itu berbanding Kelantan. 

Ini petikan ULASAN Rafizi tentang PERLUNYA PRK KAJANG DIADAKAN.......dan baca pada bahagian yang penulis GELAPKAN

PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman  di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya).

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya.

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.


Errr INI JUGA PANDANGAN PERIBADI sekadar melepaskan batuk dibawah tangga.....

Logikkah DS Najib disingkirkan? Mungkin juga kerana beberapa cara PEMERINTAHAN Najib yang dilihat lebih kepada menekan rakyat dan ini pastilah MERISAUKAN Mahathir yang pastinya TIDAK MAHU UMNO JATUH......kalau umno HILANG SOKONGAN RAKYAT DAN TERSUNGKUR.......MAKA AKAN BANYAK........ 
" YANG RAHSIA akan jadi tidak rahsia selepas itu nanti"

Tertanya juga SIAPA AKAN JADI PERDANA MENTERI jika ditakdirkan DS Najib dijatuhkan? Adakah TS Muhyidin Yasin? Penulis rasa TIDAK kerana kemungkinan yang akan dilantik ialah.......hahaha.......DS Hishamuddin Tun Hussein sebab setakat ini LEGASI ANAK PERDANA MENTERI MENJADI MENTERI akan menjadi AMALAN .....selepas Hisham barulah Mukriz .......itu kalau UMNO masih memerintahlah.

Tertanya lagi.....ANDAI KATA GERAKAN SINGKIRKAN NAJIB ini benar berlaku, SIAPAKAH antara menteri kabinet yang akan MENIKAM BELIAU DARI BELAKANG? 

Makin panas kan? Tak pelah kita lihat dan semoga KITA SEMAKIN MATANG BERPOLITIK kerana KITALAH TUAN KEPADA PEMIMPIN.......ingat tuuu tuan puan!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.