-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 31 Januari 2014

DIDEDAHKAN......KISAH DISEBALIK TUMBUKAN TAN SRI RAHIM NOOR 16 TAHUN LALU......

PEMBACA

Kami di Kantoi Identiti bukan begitu fanatik untuk berpolitik apatah lagi dilihat cenderung kepada parti tertentu. Biarlah kami cenderung kepada rakyat kerana rakyatlah TUAN KEPADA ahli politik......

Apabila kami diberi keizinan untuk berkongsi kenyataan dibawah.....CUBA FAHAMI dari sudut yang luas......jangan sempitkan minda KERANA ALLAH lah sebaik baik perancang AGAR KITA DIBERITAHU TENTANG KEBENARAN disebalik KEADILAN yang cuba dihapuskan biarpun ianya hampir dilupakan.....

"SESUNGGUHNYA SATU KEBENARAN ITU AKAN TERBUKTI JUA walau ianya ambil masa yang panjang"


Dalam masa perbincangan kami mendapat tahu Imam 1 adalah orang yang menyelamat DSAI selepas dibelasah oleh Rahim Nor pada tahun 98 di Bukit Aman. Meremang bulu roma kami bila Sjn (B) Hj Raslan menceritakan kembali peristiwa 16 tahun dulu. 

Fakri Md Nor
Hari ini selesai tugas mengendalikan program DSAI solat jumaat di masjid batu 10 Cheras. Banyak rintangan dan cabaran. Namun semua itu ada hikmahnya dari Allah. Kita merancang, perancangan Allah lebih besar lagi. Waktu mula mengendalikan program semua orang tak terfikir nak buat program untuk DSAI.

Setelah berbincang dengan Hj Yahya, kami mula bergerak untuk lansanakan program kerohanian seperti masa PRK Permatang Pauh 2008. Selain kita berusaha, memohon pertolongan Allah melalui progran kerohanian perlu digerakkan. Kami memutuskan untuk membawa DSAI solat Jumaat asalnya di Masjid Impian Saujana. Awal pihak masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Jan, pihak nazir bagi tahu mereka mendapat tekanan dari MAIS.

Mereka tak berani untuk laksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain. Kali ini mendapat sokongan dari Masjid Batu 10 Cheras. Selepas Asar saya dan Hj Yahya berbincang dengan pihak masjid dan mendapat kata sepakat. Kami bersetuju tazkirah di sampai oleh Ust SMAT (Shukri Mat) dan khatib oleh Dr Muhd Nur Manuty. Dalam masa perbincangan kami mendapat tahu Imam 1 adalah orang yang menyelamat DSAI selepas dibelasah oleh Rahim Nor pada tahun 98 di Bukit Aman. Meremang bulu roma kami bila Sjn (B) Hj Raslan menceritakan kembali peristiwa 16 tahun dulu.

Saya dapat melihat kesedihan di airmuka Hj Raslan. Satu peristiwa yang membuat saya terpegun bila Hj Raslan mengatakan bila DSAI sedar waktu pagi selepas dibelasah, ''DSAI memanggil anggota polis bahawa beliau mahu solat Subuh''. Itulah kentalnya iman DSAI, sedar dari dibelasah yang diingat beliau adalah Allah dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Hj Raslan memimpin DSAI ke bilik air kerana takut DSAI akan jatuh kerana beliau masih pening lagi. Hj Raslan juga yang menuam dahi DSAI dengan tuala suam bagi mengurangkan kesakitan yang deritai oleh DSAI. Bila DSAI mengadu beliau lapar, Hj Raslan menyeludup masuk 2 ketul ayam pada sebelah malam untuk dimakan oleh DSAI.

Itulah kebesaran Allah, setelah 16 tahun baru DSAI dapat bertemu dengan insan yang banyak menolongnya semasa dalam tahanan Bukit Aman. Satu lagi halangan kami, pada pagi jumaat kami mendapat panggilan bahawa pihak MAIS & JAIS akan menangkap DSAI kalau beri tazkirah dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan gak ada tauliah. Ini lah sikap "jahiliyah" yg mentadbir agama negara kita.

Kami mengambil keputusan agar DSAI tak beri tazkirah dan diganti dengan Ust SMAT. Manakala Dr Muhd Nur diganti dengan Ust Rashid. Sekali lagi ALlah menunjukkan kebesaran bila kami berjaya menemui Ust Rashid, seorang pegawai agama di penjara Sg Buluh yang banyak membantu DSAI. Keajaiban yang ketiga pula, antara ahli kariah yang hadir dari Datuk Dr Aziz, pakar perubatan yang memberi rawatan kepada DSAI di HKL. 

Saya memang terpegun dan terkesan dengan semua keajaiban yang berlaku hari. Semua penat lelah menjaya program ini, akhirnya saya mendapat kepuasan. Keajaiban yang berlaku ini semacam petanda awal DSAI akan mendapat kemenangan besar, Insha Allah di PRK N25 Kajang. Sambutan masyarakat setempat amat baik sekali. Orang ramai berduyun-duyun bersalaman dengan DSAI. Semoga Allah menerima usaha saya yang kerdil ini. Semoga cita-cita dan doa saya serta kita semua dimakbilkan Allah.

 AMEEN. - Catatan ringkas dari Sdr Bahrin, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama / Penerangan KeADILan Pusat

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.