-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 31 Januari 2014

NAK TERKELUAR ANAK TEKAK DIPANGGIL.......TAPI BUAT PEKAK AJEE!

PEMBACA

Sudah hampir 2 hari Hashim keseorangan dalam hutan yang begitu asing baginya. Siapa sangka niat beliau untuk memancing kelah berakhir dengan peristiwa yang tidak mungkin akan dilupakannya sepanjang hidup. Beliau kini sesat........

Perutnya  begitu mendesak untuk diisi ,namun cuma mampu diisi dengan air yang sudah semakin menyusut...cuma itu yang Hashim ada selain telefon yang kehabisan bateri, joran pancing dan beberapa ekor cengkerik yang dijadikan umpan. 

Badannya sudah mula terasa lemah....namun semangatnya perlu kuat untuk mencari jalan keluar, Hashim bergerak ikut naluri hatinya.....harapannya begitu tinggi, setiap kali berjumpa anak kayu, akan dipancangnya supaya sesiapa yang mencarinya AKAN MENEMUI JEJAK.

Matahari semakin meninggi.....panas teriknya mula terasa. Air yang ada cuma mampu ditelan SETENGUK ...tidak lebih dari itu...... Hashim terduduk seakan menyerah.....baru SEMALAM dan hari ini Hashim ingat Allah sedangkan dia cukup kenal siapa Allah..... Hashim tahu semua tanggungjawabnya tapi TAK PERNAH DIBUAT kerana SENGAJA MAHU JAUHKAN DIRI DARI ALLAH.......

Matanya sudah mula layu sama layu dengan dirinya yang semakin keletihan.....Hashim merenung ke langit.......cuaca cerah namun tidak secerah NASIB DIRINYA sekarang. Sesekali air matanya mahu mengalir tapi berjaya ditahan.....Dia ingat keluarga, Hashim mula terbayang isterinya ,terbayang anaknya .....adakah aku akan HABIS DISINII......Ya Allah!

ALLAH HUAKBAR......ALLAH HUAKBAR!!!!......... Sangat kuat dan nyaring bunyi itu...Hashim amati  bunyi itu......dulu bunyi itu tidak DIHIRAUKANNYA....dulu bunyi itu DIA TAK PERNAH AMBIL PEDULI.....dulu bunyi itu merimaskannya lalu segera menukar chanel radio keretanya.....tapi KINI TIDAK!

Hashim mula mencari arah.......Hashim mula bersemangat untuk mencari dari mana bunyi itu .....Hashim mahu bunyi itu terus didengarnya ,JANGAN lah ia BERENTI walau dulu dia mahu saja bunyi itu DIBERHENTIKAN ......langkahnya diteruskan mengikuti bunyi ituu.... 

Cuma bunyi itu saja mampu MENUNJUK ARAH ....MAMPU MENYELAMATKANNYA DARI TERUS SESAT........

Akhirnya Hashim senyum.......senyum kerana sudah nampak......HASHIM NAMPAK BUMBUNG RUMAH......Hashim nampak kereta, Hashim nampak kelibat orang.....langkahnya diteruskan lagi untuk meminta bantuan....... namun TERHENTI ..........

KEMANA ARAHNYA SEKARANG?? Bunyi yang menyelamatkannya tadi sudahpun hilang, namun Hashim tidak mahu lagi dirinya HILANG walau dia kini sudah dikawasan selamat......tapiiii......KEMANA LANGKAH YANG AKAN DIPILIHNYA SEKARANG??

Adakah Hashim akan melangkah untuk mencari orang atau Hashim akan melangkah KEARAH TEMPAT BUNYI ITU DIKELUARKAN ..........

Akhirnya Hashim melangkah kearah bunyi itu.......MELANGKAH KEARAH MASJID YANG MELAUNGKAN AZAN UNTUK SOLAT JUMAAT..........

ADAKAH LANGKAH KITA SAMA SEPERTI HASHIM  ??
  
JOM SOLAT JUMAAT.........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.