-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 15 Februari 2014

AKHIRNYA, KETUA MENTERI MELAKA MENGAKU........MANA NAK SOROK!!

PEMBACA

Sebelum ni penulis ada terbaca satu artikel tentang KETUA MENTERI MELAKA yang baru  Datuk Idris Harun,tetapi penulis tak ambil peduli sangat kerana takut DITUDUH MENYEBAR FITNAH kerana ianya belum disahkan. 

Memang berita ini amat penting kerana ia membuktikan bahawa "Biar rakyat terkorban asal mereka dapat MELARAM ".Rakyat perlu berjimat sedangkan mereka TIDAK LANGSUNG BERHEMAT!! 


Baca keratan berita dibawah 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam.
Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut.
"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider.
MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister).
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan.
"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan."
Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. - 14 Febuari, 2014.

** Tak kiralah samada dana awam atau tidak, tetapi TIDAK KAH INI SATU PEMBAZIRAN? Kalau rakyat diminta ikat perut dengan pelbagai alasan, Ketua Menteri Melaka selamber pula MENUNJUKKAN KEMEWAHAN?? Patutkah SEMUA INI??


**BERITA SEBELUMNYA............

Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.
Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.
Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka  berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. - 14 Febuari, 2014.

**Baca juga KRITIKAN INI........

Beberapa hari lalu tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya. Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya memenangi bidaan MCM 10 pada harga RM16,610.
Beberapa nama yang dipercayai setiausahanya didapati turut memenangi bidaan membeli nombor plat MCM 2, MCM 3, MCM 4 dan MCM 5 dengan harga antara RM20,000 hingga RM56,100 setiap satunya.
Idris dipercayai membeli nombor plat MCM 11 untuk menunjukkan keakrabannya dengan perdana menteri memandangkan nombor 11 adalah kegemaran Datuk Seri Najib Razak sejak dulu. Bukan saja nombor kereta Najib bernombor 11, malah semua perkara yang dilakukannya jika melibatkan angka, pasti nombor 11 menjadi pilihannya. Ketika Pak Lah menjadi perdana menteri dan nombor kegemarannya ialah 13, ramai juga pemimpin yang berebut-rebut memiliki nombor tersebut untuk menggambarkan hubungan saling sehati sejiwa dengannya.
Walaupun Idris menafikan pembelian nombor plat itu melibatkan dana awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebuah NGO pemantau jenayah, Mywatch dengan menggambarkan beliau masih siuman, persoalannya yang lebih besar ialah wajarkah beliau, isteri dan para pegawainya membazirkan wang yang mahal dengan pembelian yang dianggal mahal dan mewah itu?
Kita tidak mempersoalkan pembelian itu jika ia daripada wang simpanan sendiri atau tinggalan nenek moyang yang berpeti-peti jumlahnya. Namun jika pembelian itu, sama ada oleh Idris sendiri atau para pegawainya, adalah daripada sumber yang meragukan, lebih-lebih lagi memandangkan beliau baru lapan bulan menjadi ketua menteri, pihak berkuasa seperti SPRM wajar menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.
Tetapi sebagai pemimpin, terutama di ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi dengan pemimpin sendiri kerap kali meminta rakyat berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sederhana, apa yang dilakukan oleh Idris dan para pegawainya ini adalah bertentangan sama sekali dengan seruan kerajaan itu.
Idris bukan saja merosakkan imej dan nama baik kerajaan, bahkan memberi gambaran buruk mengenai perlakuan yang seharusnya dilakukan oleh seseorang pemimpin. Pemimpin bukan saja perlu menunjukkan sikap baik, bersama dengan denyut nadi rakyat, sentiasa menunjukkan sikap sederhana, bahkan lebih penting ialah tidak menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki.
Dengan sejumlah besar penduduk Melaka masih berada dalam kesempitan hidup, terbeban dengan kenaikan kos seharian serta ramai berlumba-lumba memohon BR1M bagi meneruskan kelangsungan bernafas di negara yang semakin sukar ini, kenapakah begitu tergamak Idris dan para pegawainya mempamerkan perbelanjaan mewah mereka?
Apakah mereka tiada perasaan? Tidakkah mereka tersentuh melihat derita hidup rakyat setiap kali turun padang ke kampung dan desa pedalaman? Bahkan dengan berbangga mengguna plat MCM yang dibayar dengan harga puluhan ribu, ada yang bertanya, berapa tebal agaknya kulit muka beliau sehingga sanggup melakukan perkara yang boleh menyinggung hati rakyat miskin ini?
Jika sebelum ini, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dikecam kerana mengadakan jamuan mewah untuk majlis perkahwinan anaknya yang dihadiri oleh kira-kira 130,000 orang, kini penyakit yang sama berjangkit kepada seorang lagi ketua menteri Melaka.
Pemimpin MCA, Liow Tiong Lai turut pernah dikecam kerana memiliki nombor plat WWW 15 dengan harga RM24,200 tetapi beliau akhirnya memulangkan nombor tersebut bagi mengelakkan kontroversi berterusan.
Dengan kesanggupan menghabiskan beratus-ratus ribu ringgit untuk nombor plat kereta, Idris juga  menunjukkan teladan yang tidak baik bagi golongan muda. Sebelum ini, ramai yang meminta pucuk pimpinan agar mengenengahkan lebih ramai golongan muda sebagai pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri bagi memberi gambaran kerajaan memandang tinggi tentang potensi mereka sebagai pewaris kepimpinan negara.
Namun, hanya selepas lapan bulan berkuasa di Melaka dan sudah menunjukkan contoh buruk bahawa beliau "mudah geli" dengan kuasa dan kenikmatan yang datang bersamanya, pemilihan beliau sebagai pemimpin barangkali merupakan keputusan yang salah oleh pucuk pimpinan.
Bersama kemungkinan akan lebih banyak perlakuan tidak wajar dilakukannya sebagai pemimpin, Idris tidak seharusnya dikekalkan lebih lama lagi sebagai pemimpin. Beliau adalah antara penyumbang terbesar kiranya Umno dan BN semakin kehilangan sokongan rakyat dan seterusnya tumbang dalam pilihan raya akan datang.shahbudindotcom.blogspot.com, 15 Februari, 2014.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.