-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 15 Disember 2013

KAIN BATIK UNTUK ZANA 10 MINIT TADIII.......

PEMBACA

Pakaian Zana yang tidak berlengan itu ditanggalkan. Kini giliran skirt pendeknya pula dilucutkan kebawah... Walaupun itu adalah pakaian kegemarannya...tapi DITELANGKAN SEBEGITU RUPA ...Zana maluu.... Zana cuba meronta tetapi tidak mampu...Zana cuba menjerit namun mulutnya tidak mampu digerakkan......

Zana hanya mampu melihat tanpa boleh berbuat apa apa....Kini tubuhnya yang sudah tidak berpakaian itu diangkat. Kini juga berselang seli tangan tangan mula menyusuri tubuh Zana...Tangan tangan yang tidak langsung Zana kenali pemiliknya... masing masing mengerjakan  tubuh Zana yang sudah dibasahi air itu....

Zana pula semakin gelisah dan tak kerauan bila TANGAN TANGAN ITU mula menggosok setiap inci tubuh badannya....tidak sedikitkan Zana seronok dengan apa yang dirasainya sekarang....Kenapa Zana tidak MERASAI NIKMAT seperti dulu....seperti tangan LELAKI-lelaki  yang pernah  menggosak tubuhnya dulu..

Air mula membasahi tubuh Zana...Zana mula terasa air itu memberikan kesejukan dan kesakitan padanya lebih lebih lagi bila air mula terkena pada luka ditubuh badannya.....Walau sakitnya terasa hingga ke tulang,namun Zana tak mampu mengelak tubuhnya dari disirami air....Zana cuba bergerak tetapi TIDAK MAMPU.....

Triba triba tangan tangan itu berhenti BERGERAK DARI  menyentuh tubuhnya....masing masing berpandangan sesama sendiri....ZANA mula TERINGAT SESUATU......Zana mula berdebar dalam kesakitan...

"Camne ni Ustazah??"......Zana mendengar suara dari seorang pemilik tangan yang menyentuh dirinya tadi. 

"Redha ajelahhh......Kita berserah dan berdoa saja..." Sedih bunyi tangan yang bernama Ustazah itu berkata...menambah pedih yang ditanggung Zana sekarang....jika  KETIKA INI ZANA MAMPU , mahu saja dia BUANG TATU yang berada dibelakang lehernya ituuu.......

Zana sudah merasa gementar...Zana sudah merasai ketakutan.....Zana terus cuba membuka mulutnya .......Zana mahu berpesan pada Ustazah..."RAHSIAKAN pasal tatu itu dari pengetahuan emaknya..."Zana maluuu.......Zana tak nak emaknya tahuuu!! 

Kini Zana sudah mula merasa tubuhnya menggigil ....gigil tubuhnya kini amat lain....tidak pernah dia merasa menggigil sebegini ....tidak pernah dia merasa TAKUT sebegini sebagaimana dia TIDAK TAKUT untuk  "Berikan tubuhnya untuk dinikmati lelaki kesayangannya..." ,dia TIDAK TAKUT untuk meneguk ARAK...DIA TIDAK TAKUT Jika Ibunya tahu ZANA CUMA BERLAKON SEBAGAI "USTAZAH" semasa balik kekampung...

Iyaa....DULU Zana tidak takut segalanya kerana dia masih muda..masih remaja....semua perlu dicuba supaya tidak KUNO.....Kuno yang SUSAH NAK BERGERAK JIKA DIPAKAI....Kuno yang membataskan "HIdup LIarnya "......buat apa takut?? Enjoyyy bebb!! 

Tapi kenapa KINI ZANA JADI TAKUTT....?? Takut yang amat sangat! Kenapa?? Kenapa Takut kali ini menyebabkan Zana menggigil hingga terasa seakan mahu luruh jantungnya?? 

Air matanya sudah tidak mampu dikeluarkan lagiii.....sekering air yang sudah tidak membasahi tubuhnya lagiii.......Zana sudah kaku DALAM DEBARAN KENCANG......

Zana akhirnya pasrah apabila tersedar....9 jam lalu dia sempat berparti TAHUN BARU bersama rakan rakan...sempat makan dan minum...sempat menyanyi dan ketawa ria.... Tapi 5 jam yang lalu juga tubuhnya sudah BERPISAH DENGAN ROH bersama kekasihnya dibawah lori .......

10 minit tadiii.......

Zana cuma mampu memerhati DIRINYA MULA DITUTUP DENGAN KAIN BATIK SEBELUM DIKAPANKAN.........

AL-FATIHAH........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.