-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 16 Disember 2013

ROTI CANAI BANJIR BUAT ABAH.....

PEMBACA

Lelaki yang lemah akan jadi kuat disebabkan wanita....lelaki yang gagap akan jadi lancar bila bercakap juga disebabkan perempuan. Lelaki yang kurang ensem dan bergaya selepas kawin akan LEBIH BERGAYA DAN BERMUTU jika ada "Kekasih... 

Negara yang kaya juga boleh muflis disebabkan oleh "makhluk" yang dicipta dari tulang rusuk lelaki ini...ehh! ...Itulah BUKTI "kuasa" yang dimiliki mereka yang penulis ingin kongsikan dibawah....

Sakit dan sedih mampu DIUBATI oleh perempuan...

Macam biasa...sebelum ke pejabat, penulis akan singgah sarapan diwarung yang biasa penulis kunjungi....malangnya warung itu tutup....penulis bergerak pula pada warung pilihan kedua...ehh! Tutup juga........

Pening juga nak cari sarapan pagi itu....lalu penulis ambil keputusan untuk ke warung yang hampir sebulan penulis tidak kunjungi...bukan apa...jaraknya jauh dari Ofis...jarang sekali kesana......

Sampai di warung yang sudah sebulan tidak dijenguk itu...penulis duduk seorang diri disatu meja yang agak terpencil...maklumlah minum sorang...nak ajak isteri +Nur Camelia Huda dia dah jarang nak sarapan...nak diett lah sangatt!

Sedang menikmati sarapan...penulis terlihat kelibat seorang pelanggan yang baru sampai dengan keretanya....diamati gelagat pelanggan tersebut...dibuka pintu kereta lalu meluru ke pintu sebelah penumpang....Dalam kepayahan itu penulis nampak pelanggan itu memapah seseorang yang sudah agak berusia...mungkin ayahnya........

Beberapa orang pelanggan sedang minum  yang mungkin kenali mereka juga turut membantu.... Teruja penulis melihat aksi anak muda ituuu lebih lebih lagi dia duduk bersebelahan meja penulis.......

" Abahhh......"Tanya anak muda itu pada orang tuanya yang nampak masih mengah untuk bernafas...

"Abah cam biasa lerr...TEA Panas dan Roti Canai BANJIR......" Jawab orang tua tersebut sambil ramah melayan rakan rakannya dalam warung tersebut.

Esoknya penulis sarapan diwarung disini semula dan AKSI ANAK MUDA DAN ABAHNYA tetap ada untuk penulis tonton.... mungkinkah hari-hari anak muda ini bawa abahnya sarapan?? Hampir beberapa hari juga penulis terpaksa "over budget" kerana jarak perjalanan untuk sarapan diwarung ini semata mata untuk melihat aksi anak muda ini....

Rasa sebak dan terharu mula terasa dalam diri penulis.... setelah beberapa hari memerhati... penulis mula terfikir... masih ada anak muda MAMPU BAWA ABAH MEREKA MINUM sebagaimana ABAH MAMPU BAWA PENULIS MINUM SEWAKTU KECIL DULU....rasa nak mengalir air mata disaat ituuu.......

"Dah hampir 3 tahun kena strok abah niii.... sejak mak takde... sayelah yang jaga... adik adik lain jauh...". Itu penulis curi-curi dengar dari percakapan anak muda ini dengan seseorang yang bertanya kabar abahnya... abahnya cuma diam dalam senyum sambil menikmati roti canai banjir kegemarannya....

"Dah berubat?".....

"Dah puas pakcik... tapi faham sajelah... Strok ni yang empunya diri kena KUAT ... Semangat KENA ADA.... kalau dia dah putus harapan... kita bawa berubat dan urut kemana pun tak mampu sembuhh..."

"Eh! Tak boleh putus asa Bang Ajii....kena SEMANGAT "........

"Alaaa...aku dah tuaaa.... tunggu masa jerrr.... biarlah aku macam niii ". Jawab Abah yang seakan putus harapan pada pakcik yang bertanya ituu. 

"Tapi pakcik bangga dengan Din... dengan susah payah sanggup bawa abah minum... anak pakcik pun tak pernah bawa pakcik minum walau pakcik mampu JALAN SENDIRI........hahahaha....." Kata kata sinis pakcik yang berbual dengan anak muda bernama DIN itu adalah ayat terakhir yang penulis dengar 3 bulan yang lalu kerana selepas itu penulis terpaksa BERKURSUS di luar kawasan....

Kini selepas 3 bulan berlalu...penulis berkunjung semula ke warung tersebut kerana RINDU PADA ANAK MUDA DAN ABAHNYA ITU....."........Malangnya.....sudah beberapa hari penulis minum disitu, kelibat mereka sudah tidak nampak...........sehinggalah pagi tadiiii.......

Kelibat abah sudah kelihatan.....TAPI dimana DIN?? Kenapa abah dah boleh berjalan walau bertongkat? Kenapa abah sudah berubah dan kelihatan bergaya?? Dan siapa perempuan yang temani abah itu?? ....Penulis benar-benar teruja hingga terlupa pada DIN, benar-benar terkejut dengan perubahan "abah" ... apa sudah terjadi pada ABAH??

"Wahhhhhhh!! Dapat isteri SEMAKIN SEMANGAT PAK AJI........ini baru original Roti canai BANJIRR". Gurauan itu memberikan PENULIS JAWAPAN ........Jawapan yang membuatkan penulis TERSENYUM SENDIRIAN......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.