-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 10 Disember 2013

DR ROHAYA HUDA BUATKAN AKU HAMPIR KANTOIIII PADA 11.12.13.........

PEMBACA


Aku hampir terduduk tapi masih mampu bertahan kerana ditumbuk Dr. Rohaya. Tangan dan mulutnya seakan selari bergerak kearah diriku yang terpaksa bertahan....iyelah ! Sebagai lelaki sejati bertaraf budiman....tak kan aku nak melawannn.......terima ajeelah!  

Tapi aku tetap bersyukur kerana aku sebenarnya lebih rela ditumbuk atau dilempang  oleh Dr. Rohaya dari dicucuk dengan jarum....maklumlah kekasih ku ini seorang doktor...


"Kenapa awakk! Kenapa awakkk!! "....Mulutnya masih bergerak bertanya soalan yang sama...cuma kali ni Dr. Rohaya sudah tidak lagi menumbuk....dia sudah penat agaknya...mukanya tepat memandang ke arah aku .


Aku mengalih pandangan ke arah lain...tak sanggup bertentang mata dengan Dr. Rohaya Huda yang  HUDA itu juga adalah nama isteriku +Nur Camelia Huda ...nasib baiklah keduanya aku tidak panggil HUDA...errr...!! 

"Kita tak mahu susahkan hidup awak...."Cuma itu yang mampu aku ucapkan. 

" Mana janji awak ?? Awak tak sayang kita ?? Awak nak tinggalkan kita?"......Dia terus mendesak dengan persoalan yang tiadapun dalam peperiksaan SPM mahupun UPSR...   

"Kita terlalu berbeza Aya....awak Doktor dan .......". Aku cuba menerangkan tapi terhenti bila melihat Dr. Rohaya mula menitis air mata....mampukah aku teruskan...AKU SAYANGKAN DIAAAA........tapiiiiii......

"Sejak kenali awak....bukan darjat atau "status" yang Aya lihat....Aya sanggup renangi semuanya, Aya tabah terima segalanya....Aya nak hidup dengan awak......" Dalam esak nangis Dr. Rohaya membutukan fikiranku  kuu untuk berterus terang....

" Aya...."Aku cuba membuka bicara sambil mengesat air matanya...tapi aku sudah tak berdaya untuk KUATKAN DIRI ....

"Awak SAYANGKAN KITA?? " Nah! Soalan beracun lagi maut sudah terkeluar...sejak tadi aku mahu mengelak soalan iniii.......tapi terpancul juaaa....

"Awak tak sayangkan Aya kannn....sebab tu awak DIAM!! " aRGHH! Aku terPERANGKAP dengan pertanyaan  seterusnya....Aku ....aku.....errrr......

"  SAYANG......"Spontan terkeluar....tapi SEMEMANGNYA ITU PERASAAN SEBENAR AKU PADA DR. ROHAYA...Aku memang sayangkan dia dan cintakan dia...aku tak tipuu dan tak MAMPU NAK NAFIKAN SEMUA INIII.....

"Kalau sayang kenapa awak lariiii......" Ehh! Mana ada aku lariii....tak pernah pun masuk dalam acara sukan lari 4x4 semasa bersama Dr. Rohaya...errr...itu aku jawab dalam hati jerr...nak mampus jawab macam tuuu....... 

Aku tidak jawab soalannya...sebaliknya aku cuba tenteramkan jiwa sambil gerak gerakkan hujung kakiku yang berkasut...memang itu cara aku lepaskan tekanan selain gerakkan telinga kiri....

"Sebab Kak Camelia kan?? ".......Ahh! Dr. Rohaya sudah mula mengaitkan nama bakal madunyee...ehh!! 

Aku memandang wajahnya...tapi tak lama...TAK BERANII! AKU MENJAWAB DENGAN GELENGKAN KEPALA  kerana  aku masih tak tahu macam mana hendak dijelaskan......

"Awakk...janganlah seksa Aya macam niii.......please..." Dia terus memujuk ku...sambil goncang bahu...semakin lama bahu ku semakin kuat digoncanggg.......Aku mula terasa tersentak ! ...Sayup sayup aku mendengar suara ........

"Abangg....bangun! Bangun!! "...Aku masih terkebil-terkebil....dimana aku sekarang...aku amati suara ituuu........Ahh! Memang suara HUDA.....tapi bukan Dr. Rohaya Huda...tapi isteriku Nur Camelia Huda....Ahh! pening lalat dibuatnya walau tiada lalat sekarang....Huda ..Aya...Camelia...Nur...ehh! Mana saatu niiii........aku cuba cari nama....aku PERLU  ingat nama  dalam mamai dan separuh sedar agar tak TERSILAP....

" Nape Huda..." Aku ambil jalan pintas... ...aku rasa NAMA ITU lebih selamat sebut dari AYA...! 

"Hudaaaaaa?? Jelingan maut isteriku yang terkejut membuatkan aku YANG MASIH MAMAI kerana DIKEJUTKAN DARI LENA mula TERSEDARRR.......adehh!! 

"Alaaa....sesekali panggil Huda mesra gak kan...."Aku menyelamatkan diri sambil memberi senyuman yang rasanya  tawar...tawar kerana MASIH TAKUT KANTOIIIIIIIIII......

"Huh! Yelah tuuu....dah pergi siap....hari ni abang kena jumpe Doktor gigi kannn....JANGAN NAK CARI ALASAN LAGIII.........." Ahh! Aku ingat kembaliii......betapa KETAKUTAN KU pada klinik dan Dr Gigi menyebabkan aku SAMPAI TERMIMPI yang bukan bukan...

Aku merenung surat temujanjiku pagi ini TARIKH 11.12.13
............DISINI..........errrr..........errrrr...... 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.