-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 10 Disember 2013

CINA DAN MELAYU..........Dasat Tuan puan !!

PEMBACA
Artikel ini bukan untuk membandingkan antara peniaga Cina dan peniaga Melayu...tetapi mungkin boleh menjadi satu petunjuk dan sebab kepada kita...

Kenapa PENIAGA CINA LEBIH MUDAH BERJAYA BERBANDING PENIAGA MELAYU??

Mari kita sama sama berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman kita....antara punca nya yang penulis boleh kongsikan ialah......

Jika kita masuk kedai Cina...
" Selamat pagi boss....haiyaa! Sudah makan? Ada sihat ini ali...? 
Ayat power inilah digunakan oleh mereka untuk menarik . Ingat senang senang orang nak panggil kita bos kalau setakat kerja dengan orang?? Mereka tidak ada perasaan megah dan sombong dalam diri, pada mereka kita adalah pelanggan yang perlu dilayan umpama raja.

Cuba pergi kedai melayu tengok?? ....... Kadang kala nak tengok muka kita pun mereka MALAS ,apatah lagi tegur....nak teruk lagii ...

" Lahabau kooo! Cilakak! Wa ingat lu sudah mampus...ADA DUIT KE KO NAK BELI NI..." . Memang sekali imbas ayat maki hamun ni niatnya untuk bergurau terutama dengan pelanggan rapat,tetapi mana lah kita tahu pelanggan kita hari tu KURANG MOOD ...kan hilang sorang pelanggan nanti.

Masa kita tercari barang yang hendak dibeli...

" Ape balang mau bosss...mali mali ikut sini......." Ditunjukkan lokasi barang yang kita hendak beli tanpa CUMA DUDUK DI KAUNTER AMBIL DUIT sedangkan di kedai bangsa kita...

" Ko cari kat belakang tuuu...tak kan susu pun ko tak kenal? . Katanya sambil duduk dikaunter bayaran walau kurang pelanggan waktu ituu....nak bagi sakit hati lagi...tuan kedai ni sibuk berfacebook ...adehh!

Bila beli barang mereka...
" Mane untung, wa sulah kasi diskalaun boss..." Dengan lembut mereka memujuk dan dengan rela hati pula kita membayar walau kadang kala harga dibeli itu lebih mahal dari bangsa sendiri...tetapi kita terleka dan terpesona dengan layanan  mesranya maka  kita terbeli..ehh!.

" Ko nak murah gi kedai sebelahhh!! " .......Tengokkkkkkk!! Bukan penulis kata, tapi tuan kedai pernah BERKATA BEGINI PADA PENULIS.......adehh! Bukan saja tak dapat MURAH...kena marah lagii....

Okkk...itu sebahagian sikap PENIAGA....tetapi ada juga SIKAP PELANGGAN yang sebenarnya,

 LEBIH MUDAH MEMBAYAR hutang pada peniaga bangsa Cina dari membayar untuk peniaga sendiri selain BANYAK BERKIRA DENGAN PENIAGA MELAYU...ini penulis alami sendiri semasa menjalankan perniagaan dahulu. Kedai kita cuma dijadikan RUJUKAN HARGA....

"Alaaa...tak kan seringgit pun nak berkira.." Inilah antara contoh ayat yang sebenarnya seringgit itulah untung kita...

Selain itu sikap kurang yakin dengan kemampuan bangsa sendiri juga satu faktor terutama yang melibatkan perniagaan berasaskan kepada kemahiran seperti contoh komputer,Telefon, baiki kereta dan sebagainya. 

Seterusnya penulis ambil kisah isteri penulis sendiri +Nur Camelia Huda  yang nampak lebih TERATUR DAN KURANG ANGIN " sejak berpindah ke Firma Guaman milik Cina...menurutnya, di tempat baru, TIADA HASAT DENGKI,IRI HATI ,CEMBURU ....masing masing kerja dengan profesional ......

Benarkah ?? Sama samalah kita insafi diri manalah tau dapat kita MENGUBAH SEGALA YANG DIATAS demi bangsa kita sendiri....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.