-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 11 Disember 2013

GEMPAR!! ORANG MELAYU ISLAM BERTUHANKAN BABI

PEMBACA

Betul ke? Atau sengaja penulis mencipta isu mencari publisiti? Tidak! Semuanya benar dan nyata kerana penulis menyediakan fakta dan bukti bukan sengaja mencipta cerita. 

Fakta dan bukti yang diberi adalah SATU HAKIKAT yang sebenarnya DIALAMI OLEH sebahagian dari kita, tak kira kanak kanak...remaja mahupun yang dewasa...yang berpangkat besar mahupun tiada pangkat...yang kaya mahupun tidak kaya...semuanya TERLIBAT DENGAN BABI dan paling ramai ORANG MELAYU ISLAM SENDIRI!!


Oklah... Baca dan teliti dulu satu persatu kemudian bertanya diri   "APAKAH KITA SEBENARNYA BERTUHANKAN BABI"? 

Beberapa bukti sebagai contoh BABI DIINGATI dimana mana dalam apa jua situasi terutama ketika MARAH...






Itu baru di Twitter....di Facebook lagi banyak yang penulis malas nak tunjukkan sebab esok lusa anda akan nampak dan jumpe sendiri atau anda sendiri TAIP ATAU KOMEN "Babi"...kan kan kan....

Kita lihat juga keadaan dialam realiti terutama dimana KITA LEBIH MUDAH DAN TERBIASEEE menyebut  BABI ....selalunye kita cuma  SEBUT  nama ALLAH semasa sakit atau dalam kesusahan... BETUL?? 

Mesti janggal kan kalau disebut ayat 

"ALLAH....menyampah aku kat kauuu".....

Yang TIDAK sekali pun JANGGAL KITA SEBUT ....

"BABI kooooo.........".........sedangkan yang kita KATA BABI TU MAKHLUK ALLAH JUGA...

Dah ditunjukkan bukti ... renungkan KEMBALI "Amanah kita disisi Allah " ....sembahyang LIMA WAKTU dan adakalanya sembahyang itu TAK CUKUP WAKTU ......sebab SEMASA SEMBAHYANG ITU saja selalunya kita ingat dan sebut Allah...itupun kalau sembahyang...betul??

Penulis beri lagi satu bukti yang membuatkan penulis dapat ILHAM untuk artikel ini. Semasa minum tadi....di meja depan penulis ada sekumpulan remaja...dimeja kiri dan kanan ada golongan dewasa.... masing masing rancak bercerita.....Tak sampai sejam penulis minum seorang diri disitu ...

Perkataan Babiii!! Babi kau!! Babi betulll!! sedang rancak BERKUMANDANG ...baik yang sedang bercakap depan depan mahupun yang sedang bertelefon... 

Tak ada pula penulis terdengar mereka menyebut.......Ya Allah! Allah Huakbar....dan rasanya anda sendiri ada alami situasi begini atau anda JUGA SEBAHAGIAN DARI MEREKA.......ehh!!

Mungkin ada dikalangan kita yang TIDAK SETUJU  dengan tindakan penulis cuba mengaitkan Babi apabila kita MARAH lebih lebih lagi melibatkan Allah. Tetapi jika kita dapat berfikir dengan positif...kenapa bila kita dalam keadaan marah ,kita cuba ditenangkan agar INGAT TUHAN...INGAT ALLAH? Sebabnya pastilah untuk mengurangkan kemarahan kita yang mungkin akan membawa akibat yang lebih buruk....

Ada anda terdengar AYAT dibawah disaat orang sedang marah??

"Babiiii........celakee kooo....aku bunuhh ko lah babiiii........." Kata seseorang yang sedang marah .

"Ingat BABI....INGAT BABI...SABAR....SABAR... Istifarrr....".......Kata seorang rakan cuba menenangkan rakannya yang marah ituu....Ada tak??   

Sama samalah kita ambil iktibar.........Jangan sampai TERLEBIH SEBUT  BABI  TETAPI SEMAKIN BERKURANG SEBUT  Allah......kerana apabila KERAP DISEBUT itu bermakna kita INGAT ...jadi kita nak bertuhankan Babi atau Allah?? Pilihan ditangan anda...

Terlanjur cerita kisah Babi ini...penulis ingin kongsikan kisah yang lucu perihal anak anak. Dirumah memang penulis dan isteri mendidik anak agar tidak MENYEBUT BABI ataupun khinzir.........dan perkataan BABI itu KAMI  tukar menjadi perkataan "BENDA TAK ELOK"..........

Jadi kalau anak cakap  dia nampak BENDA TAK ELOK itu bermakna dia nampak babilah ituuu..........

Hendak dijadikan cerita...kami melawat Zoo negara sempena cuti sekolah. Memang ramai pengunjung yang datang hari itu....Dah puas berjalan penulis dan isteri ambil keputusan untuk berehat sebentar dan membiarkan anak anak yang tidak reti penat melihat lihat sekeliling kawasan itu. 

Sedang duduk berehat bersebelahan orang ramai ...triba triba anak BONGSU penulis menjerit dan berlari arah kami diikuti abang dan kakaknya......

"IBUUU.......BABA.....Adik nampak BENDA TAK ELOK kat belakang tuuu" . Jerit anak bongsu menyebabkan orang ramai yang mendengar MULA MEMBERI PERHATIAN.........termasuk yang sedang lalu lalang disitu....masing masing syak WASANGKA maklumlah, bila budak kecil SEBUT BENDA TAK ELOK ...pasti ramai sangkakan "ADA PASANGAN BUAT PERKARA TAK SENONOH "....

Dengan wajah bera kerana maluu...kami ikut turuti sianak ...diikuti juga oleh sebahagian orang ramai yang TERUJA nak tahu dan tengok "BENDA TAK ELOK..." 

Nahhhhhhhhhh!! Ramai juga yang menyebuttt perkataan ini bila DAH NAMPAK SENDIRI Benda Tak elok.......

"Cisssssssssssss!! Babiii rupanyaaaaaaaaa!! 



"Babiii!! Terkena akuuu".......

"Apa yang baik itu semuanya dari Allah...yang buruk dan kurang itu dari penulis di Kantoi Identiti"......

Wassalam .
  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.