-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 28 Disember 2013

APA KENANGAN ANDA ZAMAN MENJADI BUDAK-BUDAK??

PEMBACA

Hari ni Nur bawa anak anak belikan barang untuk kelengkapan sekolah mereka....sebelum keluar rumah tadi awal awal lagi +Dukun Pasir JOMGELAKFM  dah pesan.......beli barang anak ajerrr....awak tu jangan nak nyelit plakkk! Adeh! Baru berangan nak beli kasut baru ....err...terpaksalah guna TIPS yang Nur pernah cuba pakai sebelum ni...memang menjadi Puan Puan...

Cengginii.......pergi Shoping pakai selipar jerr....sampai sana beli lah kasut...Syhhs! Selipar tu tinggal jer kat sana...tak pun SEDEKAH KAT SURAU dalam pusat beli belah tuu...bijak tak Nur?? Ahakss....... ! 



Emmm....sambil menunggu anak beli itu dan ini ......sempat juga menjeling pada bakal bakal pelajar yang diiringi ibu bapa masing masing,mereka  seolah tak sabar nak ke sekolah.......cuma ibu bapa yang kelihatan AGAK RUNSING ...iyelah! SEMUA NAIK sekarang niii.....TIDAK dibeli barang sekolah....itu tanggung jawab kita....samalah dengan tanggung jawab Kerajaan yang sepatutnya TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT...EHH!! Mana de Nur perli sesiapa...ahaksss.............!!

Bila tengok gelagat kanak kanak yang pelbagai ragam..... Nur  teringat satu perkongsian dari Amin Idris TV Al Hijrah... Sangat nostalgic dan banyak jugak yang nur buat masa tu… hehehe…

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak??

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
8. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
9. Fikir dunia kartun memang wujud.
10. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
11. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
12. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
13. Susun kusyen dan buat seni binaan.
14. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
15. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
16. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
17. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
18.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
19. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
20. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
21. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
22. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
23. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -.  Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang... Hahaha...
24. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
25. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
26. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja.
No berapa kena dengan anda??? Toink toink!!

"IBU!! Dah siappppppppp! " Terkejut dengan jeritan si anak sambil melonggokkan barang keperluan sekolahnya.............Adehhh!! Baru jerr terkenang kenang zaman kanak kanak dulu sambil tersenyum senyum.....

"Errr.....semua ni ke Adik?"..........Tanya Nur yang pelik barangnya lebih banyak BERBENTUK ALAT PERMAINAN DARI ALATAN SEKOLAH.......

"Iyelahhh!.....Kalau Ibu tak mo beli tak pe....TAPI KASUT TUUUUUUUUUUUUUUU......." Huh! Kena ugut dahhh......nyesal plak beli kasut bawa ANAK yang tak boleh simpan rahsia ....dan lagi satu SAMPAI HATI ugut ibunye sendiri.............aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


T

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.