-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 28 Disember 2013

LAUT TERBELAH MEMANG WUJUD...INI BUKTINYA!!!!

PEMBACA

Bagi yang membaca Al-Quran dan mendalami sejarah Islam pasti tahu kisah Nabi Musa membelah laut untuk lari dari Firaun....bagi yang tidak membaca dan mahu mendalami Islam....dia mungkin cuma kenal rakannya yang bernama Musa dan mungkin tidak kenal pun Firaun...apatah lagi ISLAM walaupun dia Islam....ehh!

Bila disebut laut BOLEH  terbelah dua....pasti akan timbul  dua golongan iaitu yang PERCAYA DAN YANG TIDAK PERCAYA.......baiklah! Untuk anda yang tidak percaya dan masih belum tahu disini penulis tunjukkan buktinya MEMANG WUJUD LAUT TERBELAH dan pastinya ia adalah satu tanda KEKUASAAN ALLAH untuk kita renung renungkan.
Kejadian laut terbelah ini sebenarnya memang terjadi dan selalu terjadi di Pulau Jindo di Korea Selatan yang mana mampu menarik perhatian pengunjung dan penduduk tempatan sendiri untuk menikmati KEJADIAN PELIK TAPI BENAR INI.......

Keajaiban laut terbelah di Pulau ke tiga terbesar di Korea Selatan ini  biasanya terjadi pada waktu petang yang akan membentuk laluan ditengah tengah laut seluas 40 hingga 60 meter lebar dan panjangnya lebih dari 2.5 Kilometer.. 

Macam mana ianya terjadi?? Menurut fakta sains, ianya berlaku apabila adanya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air menurun sebanyak 6 meter dalam dan akan disambut dengan pesta oleh penduduk tempatan yang dikenali "Jindo Yeongdeung Festival " atau pesta laut terbelah yang penulis lampirkan gambar dan video dibawah sebagai buktinya.

Errr....sesekali terfikir, nasib baik kejadian pelik ni berlaku di Korea Selatan...kalau berlaku dalam negara kita pasti wujud lagi satu KEAJAIBAN iaitu ADA PONDOK TOL ditengah LAUT.........ehh!! 

















info GAMBAR  KLIK SINI 

LAGI VIDEO - KLIK SINI 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.