-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 27 November 2013

HANTU ....ehh! Hantuuuu.......

PEMBACA

Kanak-kanak zaman ini memang banyak yang difikirkan.. bukan kita yang dewasa je yang pandai berfikir.. mereka jugak tak kurang handalnya memikir terutama apabila melihat sesuatu yang mereka INGINKAN KEPASTIAN… 

Terkini, anak saya yang sangat kuat memikir, sape lagi kalau bukan  Ayie  yang saya lihat tadi baru abis membaca MASTIKA...adehh! 

Ini soalan terkininya pada saya petang semalam…

“Ibu…. Ayie nak tanya satu soklan ni…”

“Apa dia sayang?.. tanyalah…” tanya saya semula sambil membasuh sayur bayam di sinki bukan dikaki…ehh!

Sambil bersila dilantai.. mendongak dan menghadap saya… “kenapa ek? perempuan aje yang selalunya jadi hantu???”

“Nape ayie tanya cenggitu??” tanya saya saje je nak tahu lebih lanjut macamana dan dari mana yang boleh buat dia memikirkan soalan itu…

“Takdelah, Ayie tengok, selalu dalam citer-citer hantu kat TV,kat majalah... semuanya hantu pompuan…”

"Sebab perempuan ni ada AURA...." Jawab saya ringkas yang menyebabkan Ayie berkerut telinganya kerana tak faham...adehh!

"Aura ni umpama daya tarikan...contohnya orang jual kereta, mesti letak perempuan seksi dan cantik... kalau letak model lelaki... SUSAH NAK LAKU kereta tu sebab selalunya pembelinya lelaki ehh! Nak lakukan majalah pun kena letak perempuan..."

"Aura ni spesis hantu juga ke ibu...err...spesis Amfibia ker?"  Ayie cuba melawak pulak....


"Huh! meh ibu terangkan sifat sifat hantu yang baik untuk kita ...." Kata saya sambil meletakkan bayam disebelah ayam yang dijual oleh Mak Yam...ehh!........

SIFAT-SIFAT HANTU YANG PERLU DI CONTOHI:
1. Toyol 
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri

2. Pontianak

Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak
ini optimis.

3. Pocong
Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.

4. Hantu air
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia x pernah pakai bikini, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

5. Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain.


Akhir sekali  Kuntilanak sepupu belah emak kepada Pontianak ialah satu satunya hantu yang tidak memakai spenda dan pandai berjimat... tak caya cer tanya sendiri pada Kuntilanak... ehh......" Terang saya yang sebenarnya TRIBA TRIBA Seram sejuk  ketakutan ... nyesal plak buat cerita hantu waktu +Dukun Pasir JOMGELAKFM  tak ada dirumah waktu niii...adehh...

"Faham dah kisah hantu Ayiee?".. Soal saya yang BARUUU PERASAN RUPANYA SAYA BERCAKAP SORANG... Bertuah punya anakkk!! boleh dia tidur sambil bersila kat lantaiii.......Huhhhhhhhhh!! 


Memang dah NAIK HANTU saya macam niiiiiiiiiiiiiiiiii........


+Nur Camelia Huda 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.