-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 27 November 2013

GEMPAR KANTOI! ......Harga MINYAK AKAN DITURUNKAN MALAM INI

PEMBACA

Berita terbaru yang disebarkan ialah harga minyak akan diturunkan sebanyak 25 sen untuk RON95 bermula malam ini 27Nov 2013. Ini berdasarkan Status yang dimuat turun oleh Dato Ahmad Maslan seperti dibawah.



Ianya juga telah disahkan oleh ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim melalui statusnya ini......



Benarkan ada penurunan   harga minyak malam ini?? Teliti dulu kenyataan dibawah kerana  70% dari pengguna Facebook akan BERKATA IYA dan percaya pada berita ini BERDASARKAN BUKTI DARI  STATUS DAN KOMEN diberi  diatas.....manakala 30 % sahaja yang akan pertikai dan cuba mendapatkan INFO LENGKAP berkenaan isu ini......Adakah anda pengguna yang 70% Atau 30% ?? 

Jangan terburu buru...sebelum tu penulis nak minta maaf kerana terpaksa menggunakan cara diatas supaya anda membaca pendedahan yang akan penulis buat dibawah ini nanti. Selepas itu anda nak marah atau maki hamun penulis, penulis benarkan kerana penulis nak berkongsi BAHAYANYA jika FACEBOOK DISALAHGUNA dan memberi kesan yang besar kepada pengguna kerana mudah terpalit dengan DOSA FITNAH dek terleka  "MANA YANG BENAR DAN MANA YANG TIDAK BENAR" termasuk ISU PENURUNAN HARGA MINYAK DIATAS... 

Luangkan sedikit masa anda jika anda MAHU MEWAKILI GOLONGAN 30% tadi dan ketahui banyak pendedahan yang penulis buktikan dibawah ini...

Dalam banyak isu panas yang berlaku, kenyataan melalui Status atau Komen di Facebook akan dijadi kan SATU BUKTI ....JADI apabila bukti itu diambil dari Facebook untuk menunjukkan kebenaran, ianya amat bahaya kerana kadangkala ADA PIHAK SENGAJA MENCIPTA ISU lebih lebih lagi dengan sikap kita  yang mudah menerima satu satu BUKTI tanpa merujuk kepada sumber yang sahih...kalau tidak masakan ISU HANTU VILLA Nabila boleh jadi panas difacebook,macam mana Pak Guard triba triba menjadi GLAMER gara gara isteri Mat Yooo........semua isu itu menjadi panas kerana "Bak kata Dr. Azizan Osman..."Kita memang suka YANG NEGATIF tidak suka yang Positif"......betul tak?


Kalau tak yakin dengan penjelasan penulis ini, lihat satu contoh bukti....VIDEO KASTAM TERIMA RASUAH DIBAWAH.....

Ini video yang disebarkan......





Isunya disini ialah......BERAPA RAMAI YANG PERASAN VIDEO ITU IALAH VIDEO LAMA yang anda boleh lihat pada tarikh nya 2010?? 

Dan anda lihat berapa ramai yang telah MEMBERI KOMEN NEGATIF seperti dibawah ini ekoran dari pendedahan video ini......Anda kira KOMEN  YANG NEGATIF adakah dalam lingkungan 70% atau 30% seperti penulis sebut diatas tadi....disini penulis lampirkan sebahagian ,nanti anda kira sendiri pada komen link video diatas itu......jika masih RAGU!




Ok...memang benar, Rasuah tetap rasuah tak kira bila ianya berlaku, tapiiiii....TIDAKKAH BERDOSA KITA MENGATA DAN MENGHINA pegawai Kastam ini SEDANGKAN ISU INI SUDAH 3 TAHUN BERLALU ...Andaikata pengawai itu sudah diambil tindakan dan insaf atas kesalahannya 3 tahun lalu, tidakkah terpalit DOSA KITA dibuatnya??

Anda dah nampak buktinya??
  
Ok......Penulis kongsikan lagi beberapa contoh komen dan status yang MUNGKIN DISALAHGUNA  demi kepentingan peribadi mahupun politik pihak pihak tertentu untuk memalukan dan mengaibkan seseorang,bukan saja artis,mungkin juga anda boleh menjadi mangsa! Saksikan contohnya.....





Bukankah boleh KECOH dan gempar jika ianya tersebar sedangkan semua status dan komen diatas palsu dan sengaja dibuat penulis??. 

Jadi pesanan penulis BERHATI HATILAH dan hayati pesanan ini " Apabila telah datang kepadamu satu BERITA, CARILAH DULU SUMBERNYA .....Agar tidak menjadi FITNAH".........

Tak perlulah juga ditanya penulis macam mana PENIPUAN ITU DAPAT DILAKUKAN kerana penulis TIDAK  PERLU HACK ID Perdana Menteri ,Hack ID Anwar Ibrahim atau CEROBOH ID facebook PENGGUNA DIATAS untuk MENCIPTA FITNAH kerana perisiannya memang ada DALAM CARIAN GOOGLE...... 

Tapi...........SATU HAKIKAT YANG PERLU KITA KETAHUI........

YANG pasti setiap PENIPUAN ITU ADA SUMBER ASALNYA...begitu juga dengan penipuan penulis tadi, dibawah ini penulis lampirkan STATUS ASAL yang telah DIUBAH MENJADI KOTOR seperti diatas......






Kongsikan semoga ianya menjadi satu PERINGATAN PADA KITA......

Dan...er...er..janganlah maki penulis kerana buat isu minyak turun harga,manalah tahuu...tergerak hati PM nak turunkan harga dengan isu ini kan untungkan kita...ehh.........Cabotttttttttttttttttttt!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.