-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 2 November 2013

BUDAK CACAT DAN "QUE SERA SERA" MENENTANG BADAI!

PEMBACA
                                                        


Que Sera Sera.....Apa yang terjadi itu akan terjadi itu AKAN TERJADI , masa depan  kita tidak dapat menentukannya..."

Tadi penulis ke Hospital bersama isteri dan anak untuk melawat anak saudara yang sakit. Semasa menanti waktu MELAWAT dibuka......lalu seorang ibu mendukung anak gadisnya yang penulis anggarkan berumur 10 tahun. Nampak seksa si ibu mendukung anaknya yang agak gempal itu menuju ke Farmasi ....

Apa kaitan Que Sera Sera, budak cacat dalam artikel ini?? Saksikan........ 


"Baba...CACAT!! kaki budak tu satuuu...kesiannya..." Anak dara saya berkata.

" ITULAH......NANTI KALAU DIA DAH BESAR CAMNE hidupnya ekk! "......berkata pula anak sulung saya sambil garu "topi" pada kepalanya....

"QUE SERA SERA...." Jawab saya dengan tenang kerana segera TERINGAT Lirik dan lagu yang PENULIS MULA KENAL SEUSIA REMAJA ....Dan kini saya nak kongsikan dengan anak dan pembaca semua........

Semua mata anak anak memerhatikan saya termasuk isteri yang nampak TERKEJUT "QUE SERA SERA " yang saya sebut itu.......

" Que Sera Sera.....Apa yang terjadi itu akan terjadi itu AKAN TERJADI , masa depan  kita tidak dapat menentukannya..."

Saya terangkan pada mereka begini....

Jika kita BOLEH BERTANYA PADA budak cacat itu..." Adakah dia mahu cacat ? Pasti jawapnya tidak! Adakah dia  mempunyai impian saya seperti kita , mahu cantik,mahu jadi kaya?? Pasti jawap budak itu  akan sama dengan impian kita iaitu IYA! Sebab semua yang lahir didunia ini PASTI MEMPUNYAI IMPIAN tak kira samada dia CACAT atau sempurna.  

Tapiiiiiiii....MAMPUKAH IMPIAN ITU TERLAKSANA WALAU KITA SUDAH BERUSAHA BERSUNGGUH SUNGGUH ?? Ada yang berjaya dan ada yang tidak BERJAYA kerana sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita, masing masing ada peranan dan masa depan bukan kita yang menentukan....

"Siapa tahu budak perempuan itu akan menjadi Majikan Liya disuatu masa nanti ". Kata saya pada anak dara yang tekun mendengar penjelasan saya.

"Macam contoh Ibu...dulu impian ibu nak jadi Arkitek kan...tapi tak kesampaian cuma berjaya menjadi Peguam saja...Baba pula impian nak jadi Pilot, tapi tak tercapai cuma mampu PEGANG PEN PILOT JERR..."

Tapi Baba dan ibu tetap berusaha walau impian itu TIDAK TERCAPAI sekarang.....dan kami tetap gembira kerana SUDAH FAHAM......"Setiap manusia masing masing ada peranan ".

"Tengok dalam hospital ini sajalah....Ada Pengawal Keselamatan , ada jururawat, ada doktor dan ADA pesakit...cer tanya mereka, ADAKAH impian MEREKA DULU tercapai dengan apa yang mereka kerjakan sekarang?? Pasti Jururawat akan berkata, Saya nak jadi Doktor dulu...tapi mampu jadi jururawat jerr....kita tanya Doktor...Doktor cakap" Alhamdulillah impian saya TERCAPAI UNTUK MENJADI DOKTOR, Saya nak jadi Polis dulu, tapi cuma mampu jadi pengawal keselamatan jerr...kan ada yang impian mereka tercapai ada yang tidak.

Pernah tak kita fikir, apa akan jadi kalau DALAM HOSPITAL NI , KALAU SEMUA ORANG BERJAYA JADI DOKTOR?? Siapa nak jadi jururawat? Siapa nak jaga keselamatan Hospital ni...dan pastinya SIAPA NAK JADI PESAKIT??? 

Baba bagi lagi satu contoh, kalau semua orang jadi kaya dan Jutawan, dapat tak kita MAKAN kalau tak ada yang hendak jadi petani dan penternak?? Jadi kat sini membuktikan bahawa setiap manusia itu ada peranan masing masing dan tidak semestinya impian itu tercapai. 

"Kalau begitu maksudnya kita tak payah usaha lah Baba". Soal pula anak ketiga yang petah berkata kata melebihi ibunya .

"Tak boleh......KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCAPAI IMPIAN  kerana masa depan bukan kita yang tentukan...Allah yang tentukan segalanya. Macam Ayie cakap nak jadi Doktor, buatnya Allah makbulkan impian itu dimasa depan sedangkan Ayie tak usaha...camne?? Tanya saya semula.

"Adik jumpe...adik jumpe........ni videonya....." Kata anak bongsu sibongkok tiga sambil menunjukkan hpnya pada kami......

HAYATI ......

When I was just a little girl 
I asked my mother, what will I be 
Will I be pretty, will I be rich 
Here's what she said to me. 

Que Sera, Sera, 
Whatever will be, will be 
The future's not ours, to see 
Que Sera, Sera 
What will be, will be. 

When I was young, I fell in love 
I asked my sweetheart what lies ahead 
Will we have rainbows, day after day 
Here's what my sweetheart said. 

Que Sera, Sera, 
Whatever will be, will be 
The future's not ours, to see 
Que Sera, Sera 
What will be, will be. 

Now I have children of my own 
They ask their mother, what will I be 
Will I be handsome, will I be rich 
I tell them tenderly. 

Que Sera, Sera, 
Whatever will be, will be 
The future's not ours, to see 
Que Sera, Sera 
What will be, will be.


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.