-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 7 Oktober 2013

SAMPAI HATI ABANG...

PEMBACA

Pada suatu hari Ahad, sekitar jam 2 petang …. Err… boleh dikategorikan sepetang jugaklah…

Cahaya matahari terik memancar dari celah-celah ‘sliding door’ yang terbuka luas. Langsir warna kuning seperti kemuncup di padang rumput terbuai² ditiup angin sempoi...

Sepasang suami isteri berehat kekenyangan selepas menikmati juadah tengahari.. kari kepala ikan bersama2 sayur kacang boncis goreng.  Memang sedap!!, hasil air tangan si isteri sendiri… (errr… puji diri sendiri.. heheh!).

Sang isteri baring mengalaskan lengan suami sambil hidung kembang kempis menahan bau ketiak suami yang kuat bau odorononya, sambil mengadap tv di bawah kipas siling ligat berkejaran sesama sendiri pada kelajuan 4.

“Abang…..” bisik sang isteri manja dan gedik... Jejari halusnya menarik² berpusar² di sekitar dada bidang suami.”

“Hmmmmm……..” jawab sang suami.

“Abang pejam mata….”

” Ok dah pejam dah……….”

”Abang bayangkan waktu ini….depan kita ada mangkuk warna hijau.  Dalam mangkuk ada satu sudu plastik. Bila dikuis² ketulan ais, warna putih santan bergaul mesra dengan air gula melaka…… ada warna hijau dan kacang merah…..”

Sang suami tak menjawab.... tapi mata masih terpejam... "Tengah membayangkanlah tuuuuu" bisik hati sang isteri...

” Cendol kat depan trafik light kat depan warung semeah tuu…..sedap kan bang...”

“Abang………….??... Abanggggggg!!!!!...”

ZZzzzZZZzzzzzzzz.... "Krohhhhh!!.. Krohhhhh!!!"

Huhhhhhh!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.