-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 7 Oktober 2013

BENARKAH HISHAMUDDIN DAN MUKRIZ BAKAL PM SELEPAS NAJIB?

PEMBACA

Selain ada pertandingan menarik dalam jawatan Ketua Wanita Umno, jawatan Naib Presiden Umno juga menarik minat penulis untuk mengulas dan sedikit mengupas. Walaupun bukan ahli UMNO mahupun pembangkang, namun penulis berpegang pada prinsip kebebasan bersuara, setiap orang harus dihormati pendapatnya, bukan dimaki...ehh!

Inilah sebahagian pendapat penulis tentang calon calon naib Presiden yang penulis dapati dari pembacaan dan beberapa rujukan. Tidak semestinya benar dan tidak semestinya tidak benar .......Segala galanya kita rujuk pada sejarah dan isu semasa. 


Zahid Hamidi adalah calon yang dianggap boleh menang dalam persaingan ini kerana populariti beliau lebih menyerlah semenjak dua menjak ini nak dibandingkan dengan Hishamuddin walaupun Hisham memegang 2 kementerian. Zahid Hamidi dilihat lebih kedepan dan lebih dipercayai Najib hingga kadang kala menenggelamkan Muhyidin sendiri selaku Timbalan Presiden.

Shafie Afdal memang kurang terserlah tetapi beliau juga adalah antara calon yang boleh menang kerana tren pengundi Sabah dan Sarawak. Anda lihat betapa cemas dan kecohnya bila KM Sabah Musa Aman nak bertanding Naib Presiden yang menyebabkan Shafie Afdal TIDAK MERASA AMAN...Sebab sudah terbukti perwakilan Sabah akan memilih pemimpin dikalangan mereka dah Shafie tahu konsep ini...kemasukan Musa Aman pasti memecahkan undi yang akan diterimanya.....  

Dan yang dianggap goyah kedudukannya ialah Hishammuddin lebih lebih lagi adanya PERSAINGAN DARI MUKHRIZ . Benarkah Hisham goyah?? Sebentar lagi penulis jelaskan. Kita lihat dulu calon seterusnya.

Ali Rustam dan Isa Samad pada pandangan penulis sukar untuk meraih tempat kerana  jika dilihat secara logik lebih baik pengundi memilih Mukhriz atau Hisham untuk bersama Zahid dan Shafie...kalaupun mungkin dikatakan Ali Rustam mampu menjadi Naib Presiden ianya sukar pada penulis atas alasan kelebihan yang dimiliki Shafie Afdal (Sabahan) itu tadi.

Berbalik pada persoalan Hisham tadi  ADAKAH BENAR BELIAU GOYAH?? Pada pandangan penulis, jika kita amati betul betul sepatutnya TIDAK berdasarkan faktor DAN ALASAN ini...

- APA MESEJ SEBENAR yang dibawah Tun Dr Mahathir bila dia sebut UMNO PERLUKAN PEMIMPIN MUDA?? 

Secara ringkas,ianya adalah KEMPEN MUDAH untuk anaknya Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden selepas berjaya menjadi MB Kedah ...dan ini Mukhriz tak boleh NAFIKAN walau dia NAFIKAN...alaaa...kita sama sama fahamlah kan kan...Kalau tak kerana Mahathir MUSTAHIL Mukhriz jadi MB Kedah sekarang .......

Itu secara ringkas...secara mendalamnya,persoalan ini.......SIAPA PM SELEPAS NAJIB SEKIRANYA UMNO MASIH KEKAL MEMERINTAH NEGARA? Anda fikir Muhyidin? Anda rasa Zahid? Jawapannya tidak! 

Sebab penulis katakan tidak...calon untuk PM selepas Najib ialah HISHAMUDDIN DAN MUKHRIZ......alasannya?? Ok....anda lihat perkembangan semasa kepimpinan sekarang ....NAJIB ialah anak bekas Perdana Menteri Tun Razak kan...Hishamuddin pula anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Hussein DAN SEPUPU KEPADA PERDANA MENTERI SEKARANG dan Mukhriz ialah anak kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir...

Jadi tidak mungkinkah wujud "PERJANJIAN" PERALIHAN KUASA UNTUK JAWATAN PERDANA MENTERI SEPERTI SENARAI DIATAS?? 

Mungkin akan ada yang pertikaikan teori penulis ini , tak apalah itu hak masing masing, tapi jika ditanya ulasan penulis untuk pembangkang pula.......Andai kata Anwar menjadi Perdana Menteri...Nurul Izzah pula akan gantikan beliau selepas itu......

Ahhh! Ini semua tak logik...ini semua poyo!! Ok ...ok.......anda ikuti lagi perkembangan semasa corak kepimpinan negara kita......dimana PENGUNDI LEBIH SUKA MEMILIH ANAK DAN BAPA tak kira dipihak pembangkang mahupun kerajaan... Kalau tidak macam mana anak anak ini boleh BERJAWATAN dan menghiasi corak kepimpinan dalam negara kita......

Selain nama nama diatas...kita lihat yang Lim Kit Siang ada pewaris, Karpal Singh pun ada pewaris...ini baru penulis paparkan nama nama besar...belum lagi untuk jawatan kepimpinan peringkat yang lebih bawah...betul tak?? Hahahahaha

Macam manapun......biarlah perwakilan @ pengundi UMNO  yang menentukan......hahaha! Kita cuma boleh berkongsi pendapat tidak lebih dari itu.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.