-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 6 Oktober 2013

BILA ANAK BUJANG JATUH MOTOSIKAL...

PEMBACA

Balik balik dari sekolah dia terus tunjukkan seluar sekolah yang terkoyak di lutut.

“Jatuh?” “Langgar orang?”“Kena Langgar?”“Teruk?”

“Ibuu niii… Semua dia nak tanya dalam satu nafas... Tadi masa baru balik dari sekolah.. Anas bawak motor slow-slow.. tapi triba-triba ada sebijik kereta tu dari belakang..dia himpit motor Anas… Anas terkejut, hilanglah kawalan dan tergelincir sebab banyak pasir-pasir di tepi jalan”.. jawab Anas ringkas..

Syukurlah dia tak apa-apa. Seluar sekolah koyak tu satu hal… kasut sekolah pun koyak, itu hal kedua.. kaki pun koyak jugak…alahai…  Tapi nasib baik, selepas terjatuh, dia cepat-cepat gulingkan diri ke arah tepi jalan. Nasib baik jugaklah tak ada kenderaan rapat di belakang.

Motor yang rosak, terus saya hantar ke bengkel untuk dibaiki.. Tak rosak teruk, cuma cermin pandang belakang dan pemegang brek. Kos kerosakan berjumlah RM80.00

“Ibu nak suruh baba beli kereta”
“Alaaaa... sikit aje ni buuu..  relex lah..” Anas cuba menenagkan saya.

“Semua ibu-ibu akan risau macam ibu juga tau… kalau Anas jadi ibu pun akan rasa macam mana ibu rasa…??”

“Errr.. err… tapi tak mungkinlah Anas nak jadi ibu…Anas kan lelaki.. kalau nak jadi pun Anas jadi baba jadian je… an an an??” hehehe.. kata Anas sambil tersengih.. sengih sampai ketelinga…

Adeh!!..terbabas! Berleter pun boleh tergelincir… miahaha!!

Dulu anak-anak di bawah ketiak, dari tadika sampailah ke sekolah menengah tiga… hari-hari sewakan Bas Sekolah.  Sekarang bila anak-anak mula meningkat dewasa.. mereka sendiri membuat permintaan untuk tempuh kehidupan dan pengalaman hidup mereka sendiri, suka tak suka kita kenalah lepaskan.

Semua ibu akan selalu rasa cenggini… tak kiralah anak tu tapak kakinya sebesar dua jari mahupun anak dah dewasa dan berkeluarga sendiri.

Jadi wahai anak-anak yang di luar sana janganlah rasa terkongkong atau rimas apabila ibu jadi busy body nak tau apa yang anak buat atau di mana anaknya berada sekarang. Ibu ada deria ke-6 taw, detik hatinya dapat kesan sesuatu yang menimpa anak-anak….


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.