-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 6 Oktober 2013

DR. AZIZAN OSMAN.......... "SAYA KANTOI MENIPU"?

PEMBACA

Antara kelemahan ketara dalam beberapa isu panas yang kami paparkan ialah MALAS MEMBACA dan TIDAK MERUJUK KEPADA SUMBER ditambah pula mempunyai sifat buruk sangka . Inilah punca BERMULANYA satu fitnah yang MENJURUS KEPADA DOSA...

Bayangkan, anda tidak membaca WALAUPUN ianya tidak sampai pun 3 minit...anda terus membuat fitnah YANG AKAN DIBACA oleh orang ramai selama 3 TAHUN......beratkan dosa yang kita hendak tanggung itu? Itulah yang terjadi dalam isu DR. AZIZAN OSMAN KANTOI MENIPU...ambil perhatian!  yang kami paparkan sebelum ini.


Jika kita baca komen dan pendapat diberi dalam isu panas ini...kita akan temui dua pihak, satu pihak yang TIDAK SEHALUAN DENGAN DR OSMAN, satu pihak lagi yang menyokong  Dr. Osman. Pada kami, pendapat kedua dua pihak itu adalah perkara lumrah dan biasa dalam hidup kita, TAK SEMUA SUKA PADA KITA...itu adalah hakikat! Dan semestinya kita tidak dapat menghalang mereka berbeza pendapat.

Baik...dipihak yang menyokong Dr. Osman, pendedahan ini ADALAH UNTUK MENJATUHKAN BELIAU? Lebih teruk lagi, KAMI mahu menjatuhkan bangsa melayu...dasatkan nya !!! 

Jika kami mahu menjatuhkan Dr. Azizan Osman......ANDA FAHAMI SAJA MAKSUD AYAT dalam artikel yang kami paparkan sebelum ini DAN PASTILAH ANDA FAHAMI TUJUAN SEBENAR ARTIKEL INI DIPAPARKAN. 


Ini pula penjelasan kami untuk Rohaniah Noor. 



Hasil dari dua isu diatas, kita akan DAPATI JALAN PENYELESAIAN ........DAN ITULAH MAKSUD KAMI ..."AMBIL PERHATIAN dan bila dah KECOH".... yang merujuk kepada Dr. Azizan Osman,pihak pengurusan dan  Rohaniah Noor. 

Ini kenyataan Dr. Osman ......

Saya kantoi menipu?

by AZIZAN OSMAN
Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di “spin” kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan? #DrAzizanOsman
{ 1 comment… read it below or add one }
 maizul October 4, 2013 at 11:53 am
Tak tahu lah apa lagi nak cakap…. cakap lebih nanti bangsa sendiri. Rasa lebih ramai yang menyokong DAO. Teruskan usaha DAO memandaikan bangsa.
Ini pula kenyataan Rohaniah Noor. 
Sebenarnya saya dah tutup kes ini.
Ia sudah jadi arkib.
Tapi memandangkan ramai yang masih kecoh di luar sana, maka saya tuliskan apa yang berlaku seterusnya dan kesudahannya.
http://www.propertywaltz.com/2013/10/seminar-dr-azizan-osman-personal.html
Dah selesaikan isu ini?? 

JIKA IKUTKAN kata hati, memang tidak akan selesai isu ini sebenarnya kerana kami pula dituduh dengan pelbagai andaian termasuk oleh Dr. Azizan Osman sendiri......TETAPI , kami berpegang pada fakta ini...........MASYARAKAT KITA SUDAH CERDIK, MASYARAKAT KITA ADA PELBAGAI PENDAPAT macam yang penulis sebut diatas tadi.......Ada yang SUKA DAN ADA YANG TIDAK SUKA..........Jadi kami ambil jalan TENGAH.....kerana jika kita ulas lagi isu ini ,ianya AKAN LEBIH PANJANG......tak kan ada orang yang berpuas hati.

 JUSTERU ITU biarlah isu ini KAMI BIARKAN walaupun KESAN NEGATIFNYA BERPIHAK PADA KAMI DI KANTOI IDENTITI kerana KONONNYA kami mendapatkan publisiti murahan, menarik trafik blog........sedangkan KAMI MASUKKAN LINK DIBAWAH UNTUK MEMBANTU BELIAU...Adehhh!!! 




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.