-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 5 Oktober 2013

ALASAN NAK KENA TUMBUK......HUH!

PEMBACA

"Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah." Saya merungut bila terlihat asap berkupul-kupul bagai kupu-kupu di ruang tamu…

"Iye abang tau sayang" jawab si suami dengan selamba sambil buat aksi renang kuak kupu keluar rumah. 

“Jadi, napelah abang masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan".. rungut saya lagi.. yelah harga rokok kan dah naik lagi… bukan seposen.. bukan duaposen… tapi singget lima poh sen…!

"Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita".. jelas suamiku dengan penuh diplomasinyaaaa… tapi saya tak berapa faham…

"Membantu? Dengan membeli rokok?" tanya saya minta penjelasan sambil mencekak pinggang DAN pasang kuda kuda...maklumlah saya kan bekas juruletih silat pinggan mangkuk  .

“Betul sayang, abang sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada kat Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar je rokok satu-satu!"

Huhhhhhhhhhh!!!! Rasa macam nak tumbukkkk je +Dukun Pasir ni....!





0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.