-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 1 Oktober 2013

PERANG ANTARA FACEBOOK DAN GOOGLE, BLOGGER RUGI....

PEMBACA

Kata orang...setiap kejadian yang memalukan itu ada hikmahnya,samalah juga apabila Perdana Menteri tersilap taip dalam Twitternya seperti gambar ini....tak semena mena DS Najib telah memberikan penulis idea ni........TQ PM hahahaha.

Kita ketahui Facebook dan Google bukanlah seteru yang baik sama juga Samsung dan Apple, masing masing cuba jadi yang terbaik Masing masing cuba menarik minat pengguna kerana kepentingan perniagaan mereka. 


Buktinya?? 

Apa yang dibuat oleh Facebook juga sedang dibuat oleh Google..Contohnya Google telah membina perisian yang dipanggil +Plus...yang mana kita boleh berkongsi  apa jua ...

Contoh Google Plus.

Selain berkongsi status ,kita juga dibolehkan memberikan komen dan menambah koleksi rakan.

Dalam Google Plus juga anda boleh cipta Page yang membolehkan anda berkongsi dengan jumlah pengguna yang lebih besar seperti gambar dibawah.

KONSEPNYA SAMA MACAM FACEBOOK KAN???

Mampukah Google Plus bersaing dengan Facebook?? Cuma anda sebagai pengguna yang boleh membuat penilaian dan pilihan....sebab penulis sendiri jarang menggunakan google plus ni..hahahaha

Apabila berlakunya Perang @ bahasa mudahnya PERSAINGAN, yang untung pastilah pengguna, fakta ini tidak dapat dinafikan  kerana telah terbukti pengguna dapat menikmati keuntungan apabila ujudnya persaingan contohnya, Kita dapat harga murah kerana ada pilihan antara Celcom, Maxis mahupun DIGI kan? Bayangkan kalau TNB pun ada pesaing ehh!! Hahahaha

Tapi....disebalik keuntungan itu,jika kita kaji dengan mendalam ianya memberikan KESAN YANG TIDAK BAIK PADA PENULIS blog atau laman web......Sebab apa penulis katakan demikian?? Kerana KITA HARUS AKUI....PENGGUNA MALAS NAK BUKA LINK (terutama yang online melalui Handphone) blog atau laman Web yang dikongsi di Facebook atau Twitter kecuali tajuknya menarik atau ada isu isu panas atau gempar... 

Jika boleh pengguna nak benda itu berada BETUL BETUL DIHADAPAN MATA MEREKA BARULAH MEREKA RAJIN NAK MEMBACA.......betul tak??

Sebab ke dua....adanya KEMUDAHAN FUNGSI FOLLOW yang baru diperkenalkan oleh Facebook...KLIK SINI UNTUK AKTIFKAN FUNGSI FOLLOW DI FACEBOOK ANDA...KLIK 

Apa masalah dengan fungsi Follow ini?? Follow ini secara ringkasnya KITA BOLEH BERKAWAN ATAU IKUTI PERKEMBANGAN SESEORANG ITU DI FACEBOOK TANPA PERLU ADD FRIENDS(TAMBAH RAKAN).......maklumat lengkap anda boleh klik link diatas .

Jadiii.....lebih baik mereka KONGSIKAN SEMUANYA DI FACEBOOK MILIK MEREKA SAJA DARI MEMBUAT LINK UNTUK BLOG ATAU LAMAN WEB........SEBAB?? NAK KONGSI cerita (note) GAMBAR ATAU VIDEO semuanya boleh dibuat terus dari Facebook cuma kita perlu PANDAI KARANG AYAT supaya sesuai dengan gambar atau video...Itu belum lagi penulis ceritakan kemudahan  FANPAGE...kemudahan  GROUPS.......

Macam manapun ...memang ada juga kelemahan di Facebook...tapi sedikit sebanyak ianya AKAN MENJEJASKAN POPULARITI dan rating blog @ laman web anda kan kan kan......

adeHHH!!! 



1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.