Tweet |
”Awak dah check minyak hitam? Air ?” itu soalan rutin
seharian dan sepetang si suami kepada saya…
”Tak check pun … nape? “
(Dah macam Iklan
Pertonas tu pulak kan …? ~kenapa saya suka rumah saya…kenapa saya
suka rumah saya……….sebab dia bessssst..!! ~ )
Sebagai seorang wanita yang bijak berhujah, saya pun jawablah
dengan segala hujah² yang bernas. (Laaaa.. macam iklan beras lah pulok..
hehehe…)
”Sebab, saya tak mau orang lelaki
rasa diri tidak diperlukan…” (sekilas pandang di sisi sebelah kanan, saya
nampak si suami buat-buat tak dengar....)
Ye la kan , sekarang ni ramai
wanita yang berkerjaya dan boleh berdikari. Ramai yang di luar sana dapat menguruskan
hidup dengan baik sehingga kadang-kadang saya rasa kesian pada lelaki kerana sedikit
demi sedikit penguasaan kuasa mereka terhakis.
” Walau pun saya boleh buat bang… tapi
saya sengaja tak buat sebab saya nak awak rasa diri tu berharga, diperlukan
sangat-sangat oleh isteri awak ni…. Nanti kalau dah semuanya saya buat, nampaklah
sangat kebijaksaan saya ni… tercabar pula orang lelaki
nanti…”
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan