-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 10 Oktober 2013

NGERI...HILANG NYAWA TAK SEMPAT RAYA...tak percaya??

PEMBACA

Jika kita tanya sesiapa hatta yang sedang tidur lena dalam kereta seperti gambar diatas inipun tak mahu kemalangan, sebolehnya kita nak elak berlakunya kemalangan sebab kemalangan ini AKAN MENJURUS KEPADA situasi MALANG .

Tak ada lagi kita tengok mereka yang terlibat dalam kemalangan akan terjerit jerit kegembiraan keluar dari kereta walau dalam cedera parah....yess! Sukanya aku kemalangan...Ohh! Gembira tak terkata sebab kemalangan tadi walau hampir putus nyawa...ADA anda JUMPA YANG CENGGITU??


Selain membawa malang...kemalangan juga boleh juga membawa kepada kemaluan lagi kepelikan seperti gambar dibawah ini?? TERGANTUNG jer kan Van ini...Ker ada RAKYAT yang SUDI BEKERJASA SAMA LETAK kedudukan kereta macam ni?? Pastilah tak ada...sebab ianya terjadi sendiri akibat kemalangan tadi... 



Tapi itulah kan...lebih lebih lagi dah dekat nak pulang menyambut raya haji ni benda benda macam ni kita kena jadikan iktibar , kenalah berhati hati,walaupun adakalanya punca kemalangan itu bukan disebabkan kita yang hati hati.

Oklah, salah satu punca berlakunya nasib malang disebabkan kemalangan ialah MENGANTUK TERUTAMA anda yang MEMANDU JAUH untuk pulang beraya.Seperti juga kemalangan, mengantuk ni kita tak boleh nak elak...letaklah gam pada mata agar terbuka sekalipun,kalau dah nak terlelap...terlelap juga. 

Risaunya anda terlelap selamanya...sedar sedar dah " Maaa barakkbukaaa"...NAH MASA TU baru terbuka mataa kan kan kan..

Meh kita kongsi dan fikir sesame AKSI MENGANTUK yang sebenarnya boleh kita elakkan samada anda memandu seorang diri atau BERDUA DIRI...EHH!! 

Jika anda mengantuk , BERHENTILAH untuk lelapkan mata walau sekejab. Rasanya tak sampai 10 minit ...Jika anda teruskan pemanduan dalam keadaan mengantuk...takut anda terkayal yang bukan bukan seperti ANDA PRASAN ADA KERETA MELURU KE LORONG ANDA...ADA LORI nak langgar kereta anda...jadi berhentilah supaya selamat. Tak rugi 10 minit kita berenti dari BERENTI LEBIH 10 jam dialam kubur..ehh!

BILA HENDAK BERENTI UNTUK HILANGKAN LELAP @ mengantuk tadi..........ELAKKAN PARK KERETA anda BERHADAPAN DENGAN POKOK ATAU LORI ........ ianya sangat bahaya kerana ada rakan penulis yang TRIBA TRIBA TERBANGUN DARI TIDUR, DIA TERUS ELAK KERETANYA KERANA DISANGKANYA DIA NAK LANGGAR POKOK DAN LORI .........Kannnnnnnnnn! 

Iyelah kan...semasa anda hendak berenti tidur tadi,tumpuan anda tidak lagi tertumpu pada pemanduan, anda cuma mahu berenti untuk lelapkan mata... jadi bila terjaga secara triba triba, PASTILAH ANDA TERKEJUT ada pokok depan mata anda....maunya anda tak pusing stering tu nak elak...?? 

KeDUA......carilah tempat tidur dikawasan yang agak ramai orang....JANGAN MALU kerana ini dapat mengelakkan dari BAHAYA ROMPAKAN atau kes samun. Kalau malu juga...tutup je muka tu dengan akhbar atau majalah ...lagipun orang bukan kenal anda pun yang sedang tidur tuuu...lainlah kalau anda TEBIAT TIDUR DALAM KERETA DEPAN RUMAH...ehh!! 

Kunci pintu kereta dan tarik handbrake terutama yang menggunakan gear automatik...iyelah kan, bila kita tidur enjin pasti dihidupkan nak ada air-cond ...NAK PULA ANDA JENIS TIDUR TANGAN BERGERAK KESANA KEMARI...BUATNYA TERTOLAK PANEL GEAR TU...MAU TAK BERGERAK KERETA ANDA SENDIRI?? .

Tapi jika anda memandu seorang diri, cara paling selamat untuk tidur ialah, anda tidur disebelah kerusi pemandu tak pun di kerusi belakang...jadi kalau terbangun anda jauhh dari padel minyak kan kan kan...tapi kan...JANGANLAH PULAK ANDA PERGI TUMPANG TIDUR KAT DALAM KERETA SEBELAH ...."Encik....tumpang tidur dalam kereta encik leh tak.....adoiiiiiiiiiiiii!! 

Itu jika anda tertidur.......macam mana pula JIKA RAKAN ATAU ISTERI ANDA TERTIDUR DISEBELAH?? TAK BAHAYE KEE?? BAHAYE JUGA, KERANA ada kes triba triba isterinya TERJAGA DARI TIDUR, TERUS DIA PAUT STERING SUAMINYA YANG SEDANG LEKA MEMANDU KERANA SI ISTERI SANGKA SUAMINYA NAK TERBABAS.......Aksi begini penulis tak tahu nak buat macam mana...mungkin anda boleh pesan pada isteri atau rakan yang kuat tidur disebelah itu DUDUK KERUSI BELAKANG...lebih selamat kan...

Oklah.....SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA DAN SEMOGA ANDA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI......kalau mengantuk tidur tauuu.....!! 

 Jika anda ada pendapat atau tips...letakkan dibahagian komen...sekurang kurangnya ada pembaca yang TERSELAMAT disebabkan komen kita ...kan kan kan.....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.