-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 11 Oktober 2013

GEMPAR! KETUA POLIS NEGARA JANGAN MENGAMUK

PEMBACA

ADAKAH ANDA AKAN TERSENYUM DENGAN KISAH DIBAWAH ATAU ANDA AKAN BERDUKA?? 

Sebabnya kes ini adalah KISAH BENAR yang telah berlaku... 



Kejadian di selatan Thailand......Sekumpulan gangster sedang memperkatakan sesuatu.

" Bos...sekarang sudah sikitlah, polis dan tentera ada dimana mana...susah kita nak dapat bekalan senjata?"

" Berat nanang macang ni...kot guane nok wat " Tanya bos gangster yang juga bekas penduduk Trengganu...tapi terpaksa berpindah kerana RUMAHNYA RUNTUH...Adehh! 

" Pe susah boss....kita gi laut Malaysia...kat dalam laut banyak senjata...silap silap gaya kereta polis pun kita boleh dapat tauuu...err...tak tipu bos, ini ketua polis negara mereka sendiri yang cakap....err...er..."

Kejadian di pesisir pantai Rompin, waktu kejadian yang sama..cuma orangnya tak sama..eh

" Banyak dapat ikan hari ni bang..." Tanya seorang isteri pada suaminya yang baru pulang dari menjala ikan ditengah laut bersama rakannya Idris Jala...ehh!

" Syhhhhhhhhhh! Jangan bising bising Mah...abang dapat senjata lah...pistol ade..gari pun ada....cuma kereta peronda je abang tak leh nak ambik sebab tak MUAT JALA..."..

Jangan marah Tan Sri Khalid sebab IDEA NI DATANG DARI berita ni jugak

..........er...er...larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!


Ketua polis: 44 senjata api yang hilang mungkin jatuh ke laut

PUTRAJAYA: Sejumlah 44 senjata api yang diisytiharkan hilang oleh pihak polis "mungkin terjatuh di laut", menurut Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Senjata-senjata yang hilang itu mungkin tidak terjatuh ke tangan penjenayah tetapi mungkin terjatuh ke laut daripada bot-bot dan senjata-senjata tersebut tidak dapat ditemui," kata Tan Sri Khalid pada sidang akhbar di Putrajaya, kelmarin, seperti dilaporkan sebuah portal berita setempat.
Beliau dipetik oleh The Malaysian Insider (TMI) sebagai berkata bahawa setiap senjata api yang dibawa ada kod pengenalan dan sejauh ini pihak polis belum menemui sebarang laporan tentang senjata api yang hilang telah digunakan dalam jenayah.
Kelakonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi tumpuan ramai apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara bagi 2012, yang dikeluarkan Selasa lalu, menunjukkan bahawa mereka kehilangan peralatan berjumlah RM1.3 juta ($503,698) antara 2010 dengan tahun lalu.
Antara peralatannya termasuk 44 senjata api dan 29 kenderaan.
Ahli parlimen pembangkang, khususnya ahli politik Parti Tindakan Demokratik (DAP), Cik Teresa Kok, menyelar pendedahan itu, dan berasa yakin bahawa senjata-senjata yang hilang itu ada kaitannya dengan kenaikan dalam kes jenayah ganas yang membabitkan penggunaan senjata api.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid menafikan tuduhan itu, kelmarin, sambil menekankan bahawa senjata api itu tidak mungkin jatuh ke tangan penjenayah.
"Laporan-laporan balistik menunjukkan bahawa tidak satu pun senjata itu yang telah digunakan oleh penjenayah," kata bel;iau.
Tan Sri Khalid juga menekankan bahawa satu siasatan dalaman mengenai peralatan yang hilang itu telah diadakan.
"Kami telah menyelesaikan 94 kes manakala 118 kes lagi masih disiasat," tambahnya.
Beliau juga mendedahkan bahawa kakitangan polis yang hilang senjata api mereka telah diarahkan supaya membayar balik, dan sejumlah RM197,984 telah diterima sejauh ini.
Sedang beliau mengakui adanya "kelemahan" dalam pasukan polis yang perlu ditangani, Tan Sri Khalid berkata pihaknya melihat kes kehilangan senjata api dengan serius.
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu wartawan bahawa kementeriannya telah menyerahkan laporan kepada Ketua Audit Negara untuk menjelaskan isu peralatan yang hilang itu tetapi ia tidak disertakan dalam laporan audit tahunan itu.


"Senjata Api Jatuh Ke Laut", Zahid Hamidi Setuju Alasan Ketua Polis Negara


[tmi]- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kehilangan pistol anggota polis seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 berkemungkinan kerana jatuh ke dalam laut.

Ahmad Zahid ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau percaya pistol yang dilaporkan hilang dalam audit berkenaan terjatuh ketika melakukan operasi.

"Saya setuju, dalam operasi kadang-kala (pistol) terjatuh dalam laut. Tapi saya percaya tiada penyelewengan," katanya kepada pemberita.

"Saya minta polis kuatkan SOP dan menjaga peralatan mereka, termasuk pistol supaya tak jatuh ke dalam laut lagi," katanya.


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.