-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 9 Oktober 2013

Malique Too Phat dan WARISS ciplak lagu orang?? TERBONGKAR

PEMBACA

Malique Too Phat dan WARISS ciplak lagu orang?? Betul ke?? Sama ke? Ini tak sedap dibaca ni...Sabar sabar....kita kena baca dan ketahui dulu sebab musabatnya...tak elok main tuduh walau KITA ADA BUKTINYA....

Isu ciplak lagu ni penulis tahu sejak zaman rock 80an lagi...antara bukti yang jelas dan ketara ialah lagu ANAK LIAR nyanyian kumpulan SYJ@ Sofea seperti dalam 2 video klip dibawah.


Lagu Asal .......Wild Child oleh WASP...



Lagu SofeaSYJ......Anak liar....samakan?



Ini lagu yang dikata diciplak oleh Malique untuk Teman pengganti.


Lagu Teman Pengganti.


Anda dengar lagu ini anda pasti ingat WARIS dengan BERTINGKEK TINGKEK kan...


Lagu Waris botingket tingket....


Sebenarnya susah kita nak kata ciplak 100% baik melibatkan lagu atau penulisan...banyak kaedah yang digunakan untuk mengelakkan terjadinya ciplak...seperti REMIX...penyusunan semula...,Saduran,  dan semua ini dapat membuktinya ianya diciplak kerana ianya bergantung pada penilaian pendengar. 

Tapi macam mana pun..."reloaded copyright" adalah ayat paling tepat sebagai tanda kita menghargai karya orang lain...maksudnya karya itu bukan CIPTAAN KITA....

Untuk lebih faham...anda baca kenyataan dibawah.

Tue, 08 Oct 2013 03:16:46 +0800

Kuala Lumpur: Penulis dan penerbit lagu hip hop, DJ Fuzz menyangkal dakwaan lagu Botingkek yang dipopularkan Waris meniru lagu Racks nyanyian asal penyanyi rap Amerika Syarikat, YC.Sebaliknya, Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir, 35, berkata, Botingkek yang dihasilkan bersama Waris adalah olahan lagu Racks sebagai penghormatan kepada pemilik karya asalnya.*

“Lagu Botingkek bukan meniru atau menciplak Racks. Botingkek dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada lagu itu saja dengan olahan baru.*“Sebenarnya olahan adalah perkara biasa dan menjadi budaya dalam genre rap dan hip hop di mana-mana pun,” katanya, semalam. Fuzz berkata, sejak lagu itu dikeluarkan pertengahan tahun ini pihaknya tidak pernah mengumumkan kepada khalayak lagu Botingkek karya ciptaannya.

“Masyarakat perlu faham kebanyakan karya hip hop hari ini banyak mengolah lagu sedia ada. Hanya kerana kami ambil contoh muzik asal tak bermakna kami tiru atau curi lagu.*“Saya hasilkan pelbagai lagu dan tak dinafikan banyak, di antaranya mengambil inspirasi daripada muzik asal pengkarya lain,” katanya.*Fuzz berkata, dia berasa kecewa dengan tuduhan melulu ke atas pihaknya tanpa usul periksa hanya kerana segelintir pihak mengesan persamaan antara dua lagu itu.*

“Segelintir pihak memang suka menggembar-gemburkan sesuatu perkara hanya mereka nampak persamaan.*“Pada saya perkara begini adalah bergantung kepada penilaian individu itu sendiri. Bagi saya, ini (olahan lagu) benda biasa dan tak patut jadi isu atau masalah pun,” katanya.*

Racks adalah lagu nyanyian YC atau nama sebenarnya Christopher Daniels Miller, 28, hasil ciptaan bersama komposer Nayvadius Wilburn dan Sonny Uwaezuoke. Ia dipetik daripada album YC berjudul Got Racks yang dikeluarkan pada April 2011.Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08Click here to Original Content

SUMBER - KLIK SINI


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.