-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 9 Oktober 2013

JADI MAYAT HIDUP SELAMA 9 TAHUN ....Dasat tuan puan!

PEMBACA

Mampu dan bolehkah anda hidup dengan hanya mampu melihat anak isteri anda dari jauh ?Tidak mengalirkah air mata anda apabila anda tidak boleh menyentuh apatah lagi berbicara dengan mereka? 

Anda melihat mereka menjalankan kehidupan seolah olah MEREKA TIDAK NAMPAK ANDA....seolah olah anda sudah mati....?? Dan itulah yang dialami selama 9 tahun oleh seorang rakan penulis SEMATA MATA kerana TAMAK....kehidupannya ditarik Allah tanpa dia sendiri jangka beratnya dugaan dan ujian Allah padanya hingga suatu ketika dia MARAH PADA ALLAH kerana ditetapkan takdir semalang ituuu...   


Daud adalah seorang guru dan dia amat minat berniaga...dengan modal terkumpul dan sedikit pinjaman Bank, Daud menjalankan perniagaan Kedai Telefon. Pendapatan utama dari kedai telefon Daud ialah Topap selain beberapa unit telefon yang terjual. 

Setelah 2 tahun menjalankan perniagaan telefon, Daud telah melalui beberapa pengedar dan pembekal namun semua pembekal yang berurusan dengannya TIDAK MAMPU memberikan keuntungan lumayan,sehinggalah Daud bertemu dengan Pn. Suzana dan suaminya. 

Dengan Pn. Suzana, Daud dijanjikan kadar keuntungan yang lebih tinggi melalui perniagaan topap...seperti contoh jika dulu nilai topap RM5, Daud cuma untung 20 sen ...dengan Pn. Suzana Daud dijanjikan keuntungan lebih 50sen...itu baru nilai topap RM5, belum lagi RM10,RM30 dan RM50 lebih banyak lagi keuntungannya.

Tetapi ......untuk mendapatkan harga murah ,Daud mesti membeli dalam kuantiti yang banyak dan berbentuk tunai. Maka bermulalah Daud mengumpul semula modal untuk memiliki topap yang murah . 

Memang timbul perasaan syak wasangka, kerana Pn. Suzana tidak mempunyai kedai ...dikabarkan lagi Pn. Suzana dapat bekalan Topap murah dari kenalan lamanya seorang Datuk yang memiliki saham dalam beberapa syarikat telekumunikasi terkenal...Jadi untuk mengelakkan sebarang bentuk penipuan, Daud cuma akan membayar setelah barang berapa ditangannya. 

Dalam urusan perniagaan yang pertama, Daud membayar tunai pada Pn. Suzana sebanyak RM30,000.......Alhamdulillah! Ternyata Pn. Suzana tidak menipu dan Daud dapat keuntungan yang diharapkannya...begitu juga dalam urusan perniagaan ke dua dan ketiga...semuanya berjalan lancar.

Hinggalah Daud menerima tawaran lebih tinggi dengan kadar keuntungan lebih tinggi...Pn. Suzana beritahu Daud...yang kenalannya berpangkat Datuk mahu berpindah keluar negara...jadi dia mahu jual semua saham sahamnya...Daud di tawarkan jumlah topap bernilai  RM100K...kerana dalam perniagaan tunai Topap ini...lagi banyak anda beli,lagi murah anda dapat dan itulah jumlah duit terbesar yang perlu dicari Daud....

Oleh kerana sudah beberapa kali menjalankan urusan bisnes dengan Pn. Suzana, Syak wasangka sudah TIDAK TIMBUL...yang timbul ialah KEUNTUNGAN saja di kotak fikiran Daud. Habis barang kemas isterinya digadaikan untuk mengumpul modal RM100K...Tidak cukup Daud buat pinjaman peribadi....Masih tidak cukup...Daud pinjam pula dengan rakan rakan yang menjalankan perniagaan telefon sepertinya...dengan rakan rakannya Daud menjanjikan topap yang lebih murah, kerana Daud sudah mahu MENJADI PEMBEKAL .

Apabila sudah cukup...Daud segera Bank In kan modal RM100K tersebut kedalam akaun PN. Suzana  dengan penuh pengharapan.

MALANGNYA.......

Berkat "kesabaran" Pn. Suzana menipu ditambah pula KURANG SABAR DAUD untuk KAYA...maka HILANGLAH SEGALANYA......musnahlah semuanya!. 

Daud terduduk bila Pn. Suzana HILANG bersama duit modalnya.......  Daud terbayang wajah isteri dan barang kemasnya...wajah pegawai bank dan notis bayarannya...wajah rakan niaganya dengan PARANG!! Daud jadi takut!! Daud sudah lupa diriiiiiiiii.........

Malam itu juga KELIBAT DAUD TIADA LAGI DI KAWASAN  tersebut..Daud juga hilang,SEBAGAI MANA PN. SUZANA DAN SUAMINYA HILANG....Daud lari dalam TANGISAN ........lari meninggalkan anak isteri....meninggalkan kedai telefon kesayangannya...meninggalkan kerjayanya sebagai guru...meninggalkan rakan rakan yang mencarinya...meninggalkan BEBAN HUTANG.....Kini Daud seolah olah sudah MENINGGAL........! 

Begitulah nasib Daud...kerana tamak menguasai diri, Daud HILANG SEMUANYA...Daud sudah tidak mampu berfikir...Daud marah.......marah pada Allah yang menetapkan nasibnya begitu. Hampir 9 tahun Daud tidak menjalankan tanggungjawabnya pada Allah...malah Daud mencabar Allah yang menciptanya...

9 tahun juga Daud MENJADI MAYAT HIDUP untuk melihat KEHIDUPAN TERSEKSA ANAK ISTERINYA dengan menyamar...Daud cuma mampu melihat anak isterinya...Daud tak mampu mengusap tubuh badan mereka,walaupun setiap bulan Daud masukkan duit tanpa DIKETAHUI SIAPA OLEH ISTERINYA  namun semua itu cuma  mampu dilihat dan dibuat dari jauh oleh Daud...

Daud mengesat air matanya didepan penulis...Penulis cuma mampu mendengar tidak mampu berkata...SEGALANYA HILANG SEKELIP MATA pada Daud! ........

" Abis tu macam mana sekarang?". Tanya penulis yang kebetulan bertemu dengannya semasa solat Asar tadi. ..macam mana penulis kenal Daud sedangkan dia menyamar?? Itu rahsia kerana cuma Allah ,penulis dan Daud yang tahu...

" Aku nak balik...Aku nak selesaikan segalanya......". Itulah ayat terakhir Daud sebelum dia meluncur dengan kereta MEWAH BMW miliknya.......Daud benar benar BERHARAP KEPULANGANNYA DITERIMA SEMULA...Daud tak sanggup menjadi MAYAT HIDUP LAGI!! 

"Ingatlah tuan puan...Allah memberi rezeki...dia boleh tarik dan beri bila bila masa...Dan Allah lah sebaik perancang , kita jangan cepat menyalahkan takdir...sebagai mana Daud menyalahkan takdirnya sedangkan Daud tidak sedari Hikmah disebalik MALANG YANG MENIMPANYA itu ada pengajaran dan KEUNTUNGAN keatas dirinya. 

Dan  percayalah ..... Allah tidak menzalimi hambanya kecuali hamba itu yang menzalimi dirinya...
"Terpegun penulis tak kala melihat surau yang dibina oleh Daud setelah dia hilang dari pandangan....."


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.