-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 8 Oktober 2013

GEMPAR!! KEDAI MAKAN TURUN HARGA......adehh!!

PEMBACA

Adakah anda pernah lalui situasi seperti dibawah ini semasa makan di mana mana kedai makan sekitar lebuh raya PLUS?? 

" Emmm......semua sekali RM8.50 bang..." Kata pelayan pada pelanggan lelaki yang beratur didepan bersama penulis ...orangnya kelihatan bergaya dengan baju kemeja lengan panjang...cuma..er..kurang ensem skit dari penulis hahahahaha. 

" Ayam ni berapa seketul ..." Tanya lelaki tersebut triba triba sambil menunjukkan peha ayam goreng.

"RM3.50 bang...". Jawab pelayan kedai makan tersebut. Penulis segera tertelan air luir  melihat peha ayam goreng dalam pinggan sendiri ...aik!! Dah macam KFC..

"JADI....nasik dengan SAYUR ni RM5/=? beras apa kamu pakai?? Faiza??  ". Lelaki tersebut masih tidak berpuas hati...memanglah kan...tak kan nasi dan sayur  yang sejemput itu RM5/=. Pelayan itu serba salah, tergaru garu sambil melihat rakan rakannya niaganya. 

"Kamu makanlah...." Bintas lelaki itu lalu berlalu pergi...kecoh sekejab jadinya bilamana pelanggan lain mula berkerumun disitu...penulis MULA PERASAN SESUATU...tadi semasa beratur, ada orang dibelakang...tapiiiiiiiiiii kini ....NAMPAKNYA cuma penulis seorang yang beratur disituuu...adehh!! 

Nak berlalu pergi ...rasa kesian pula pada pelayan ini...nak nak  pula cuma penulis saja berada didepannya sekarang..hendak tak hendak...hulur jugalah pinggan untuk tahu KOS PEMBAYARANNYA dengan muka selambeee.......

"RM4.50....bang...." Wahhhhhhh!! Dah turun separuh hargaaa?? Sebab lauk yang lelaki tadi ambil lebih kurang sama dengan penulis...Ada peha ayam, sayur sejemput dan nasi ...bezanya cuma peha ayam dan kepak ayam...adehh! 

...Sambil makan itu, penulis terfikir, berapa ramai pelanggan yang mempunyai sikap prihatin macam lelaki tadi?? Mesti tak ramai kan....sebab dah jadi budaya kita, dalam bab makan ni kita tidak berkira ....berapa pun kita bayar tanpa was was...

Tapi kan..........dari kisah ni kita boleh jadikan tips...LAIN KALI KALAU HARGA MAKAKAN itu melampau mahalnya...anda suruh pemilik kedai tu KIRA LAGI SEKALI ........pasti jumlahnya TAK SAMA...nasib baik jumlahnya berkurang...nasib tak baik...jumlahnya naik ehh!! 

Sebab dalam pemerhatian penulis, walau tak ramai peniaga bersikap begini, ada juga peniaga yang LETAK HARGA IKUT KATA HATI MEREKA SENDIRI...kalau tidak tak kan  bos penulis sendiri mengadu... 

" Haiya!! Lu jangan pigi makan walung itu loooo...manyak mahai ...selupa hotel lima mintang"..............



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.