-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 3 Oktober 2013

MAK AIHH! DOKTOR PUN ADA DARJAT TERTENTU..........

PEMBACA

Percaya tak kalau penulis katakan yang doktor pun ada darjat tertentu apabila merawat sakit kita , maksudnya jika kita jumpa doktor ini...rawatannya nya begini...jika kita jumpa doktor lain pula ...rawatannya begitu. Mudah nak bagi anda faham...

"RAWATAN MEREKA TAK SAMA  walaupun sakit kita tu ADALAH SAMA......."

Kenapa jadi begitu?? Jom saksikan sendiri, mungkin anda juga pernah alami situasi atau mungkin anda BOLEH BERINGAT SEBELUM KENA...ehh!

Semalam.....anak penulis terkena pisau, lukanya tidaklah sebesar mana tapi mengenangkan JARI KECILNYA...rasa tidak memadai dibalut dan disapu minyak Afiat...

Maka pergilah klinik Kerajaan....

" Doktor bertugas memeriksa jari luka si anak...lalu berkata

" Luka sikit aje ni...nanti ambil ubat kat kaunter".

Ubatnya ada dua....satu ubat sapu dan satu ubat makan tahan sakit...dan yang PENTING IANYA  PERCUMA jerrr...akan tetapiiiiiiiiiii........

Ibunya pula macam tak puas hati...iyelah, orang perempuan ni kan cerewet ...! Kalau tidak tak kan masa jari anak luka tadi, dia siap bagi pernafasan mulut... punyalah PANIK...ehh! Jadi diajaknya pergi ke Klinik Swasta pula... iyeelahhhhhhh!! Cakap lebih-lebih karang dituduh tak sayang anak pulak kan  kan kan kan......huh!

Doktor Klinik Swasta

" Agak teruk luka jari anak awak ni...tak pe, saya bagi ubat luka yang baik termasuk ubat ubat lain...nanti kalau lukanya tak sembuh, awak datang kembali".

Itulah pesan  doktor klinik Swasta setelah MEMBAYAR RM78/= untuk ubat tadi.

Semasa memandu untuk pulang kerumah, terlalu pula didepan klinik Doktor PAKAR ......adehh!! Dah agak........isteri pula memujuk untuk cuba rawatan disitu....adoiii!! Tak pe..takpe.....layan kan ajeee.....kot tak mampu bayar karang, biar dia jer bayar...jadi peguam sangat...ape sangatlah duit ni kan kan kan .......

DALAM KLINIK DR PAKAR...

" Serius ni...kami kena jalankan pemeriksaan scan untuk mengesan tahap kelukaan pada jari anak you ni...kita takut ada urat yang putus yang akan menjejaskan pembesaran jarinya...kalau perlu mungkin juga sedikitt pembedahan. Nanti saya minta kerani sediakan ubat khas untuk anak awak...nak tinggal di wad tak?? "

Nahhhhhhh!! Mau tak terkejut dengar doktor cakap macam tu...cuma LUKA jerr...LEBIH TERKEJUT LAGI bila perlu membuat pembayaran......RM2320/= untuk ubat dan kos rawatannya....

Amacam?? Kan betul ada DARJAT DIANTARA doktor doktor bertugas, penulis bukan nak pertikaikan tugas doktor... memang doktor akan memberikan PENDAPAT MEREKA BERDASARKAN TAHAP KEPAKARAN MEREKA dan dimana mereka bertugas... cuma masalahnya kita TAK BERAPA PAKAR NAK BAYAR RIBAN RIBAN NI........

...Errrrrrr....dalam perjalanan balik tu sempat penulis perli isteri....

" Ehh! Bomoh kampung sebelah tu tak nak jumpe ke sayang....manalah tau  anak kita  tersampuk jin ke sampai luka tangan..."

"Encik +Dukun Pasir JOMGELAKFM ........awak nampak ini PENUMBUKKK!!! " 

Aikkkkk! Marah!!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.