-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 9 Oktober 2013

KISAH SEORANG ABAH BUAT EDITOR

PEMBACA

Terkejut dengan berita abah Editor kami +Nur Camelia Huda  masuk ICU hari ini....rasa terdiam sebentar, terbayang kelibat Pn. Nur yang terpaksa bergegas balik untuk melawat abahnya disaat tugasan guaman dan editing blog yang masih bertimbun. 

Namun itulah dugaan dan cabaran yang terpaksa dipikul ,   dan kami BANGGA DENGAN KETABAHAN DAN KECEKALAN BELIAU mengharungi semua ini. Bukanlah satu tugas mudah untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa...sebagai suri rumah ditambah beban tugasnya di firma guaman malah diperitkan lagi tugasnya sebagai Editor Kantoi Identiti...semua itu  memerlukan kekuatan diri yang tinggi.


Rasa terharu apabila Pn. Nur sudi berkongsi gambar Abah ini....Sayunya hati tak kala melihat seorang insan bergelar bapa ,ayah dan abah. Segera penulis terkenang satu kisah dibawah ini.....

 Semasa anak meningkat remaja......

"Abah...nak telefon baruu..." 

"Nantilah ...abah usahakan..."

Apabila anak bekerja ......

" Abah DAH PUAS TELEFON ...kenapa tak diangkat nakk".

Nampak tak?? Abah sanggup belikan telefon untuk anaknya...tetapi seorang anak ADA KALANYA TAK SANGGUP NAK TELEFON abahnya......

Jadi...  dekat nak menyambut raya Aidil Adha ni...jika anda tidak berpeluang untuk pulang beraya bersama abah dan emak ,telefon mereka ........




Sekalung doa  untuk Pakcik Atan " ABAH" semoga beliau diberikan kesihatan yang sempurna dan segera sembuh....

"Selamat hari raya Aidil Adha Abah dan keluarga"



Ikhlas dari ...

KANTOI IDENTITI.   


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.