-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 25 Oktober 2013

KECOHNYA APABILA ANAK PENYANYI SHIKIN DAHALAN DEMAM.......

PEMBACA

Diantara artis yang penulis selalu usik dan kacau di Facebook ialah penyanyi Shikin Dahalan...antara puncanya ialah keramahan Shikin sendiri berkongsi suka duka beliau mencari rezeki sebagai anak seni. 

Tapi malam ni terkejut juga bila diberitahu anaknya diserang demam panas seperti status beliau dibawah ini, TAPI ada sesuatu yang  MENARIK boleh kita ambil iktibar.


Pertama 

.........Ibu mana yang tidak risau jika anaknya sakit ,ibu mana yang rela tidak makan untuk beri anaknya makan....ibu mana yang senang hati jika anaknya tidak berdaya bangun kerana demam.... Bila anak sakit,IBU JUGA TURUT SAKIT KERANA itulah SEORANG IBU, jika boleh sakit anak itu DIPINDAH PADANYA...

Pesan penulis...rajinlah hubungi dan tanya kabar ibu anda yee...


Kedua

.....Prihatinnya kita untuk membantu walau sekadar sepotong ayat ,ianya sudah cukup menggambarkan  sikap tolong menolong sesama kita tanpa mengira perbezaan pangkat dan darjat. Masing masing mahu membantu KECOHNYA UMPAMA ANAK SENDIRI  .....Itulah bukti KEAKRABAN kita walau cuma di FACEBOOK.....terima kasih semua!


Ketiga

.......Facebook ini ada pelbagai kebaikan disebalik keburukan ,cuma kita sebagai pengguna yang menentukan. Jangan disebabkan SATU KEBURUKAN ,maka Facebook hendak DISEKAT ,sama seperti mencipta alasan untuk naikkan  harga Gula bagi elakkan sakit Diabetis......Ehhhhhhhh!! Tertaip macam ni plak....Miahahahahahaha

Keempat.........

........Mari kita sama sama doakan agar anak Shikin segera sembuh!! Amin.....ya Robbal Alamin.....




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.