-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 26 Oktober 2013

KANTOI ...... ANAK KETAWA EMAK MENANGIS

PEMBACA

Nak buat emak ketawa kadang kala susah, tapi nak buat emak menangis CUKUP SENANG ....

"Eh......Kamu Ani....ingatkan sapa tadi.....masuk masuk....."

"Nii, aku datang bawak pengat pisang niii....tadi aku buat teringat ko suka pengat nii.." Sambil sepinggan pengat pisang dihulur pada Pn. Hafizah.


"Alhamdulillah...terima kasih Ani...susah payah ko datang dari jauh semata mata nak bagi aku merasa pengat ni...".

"Ala...Aku tadi kebetulan nak hantar simple kuih  kat rumah Kiah, dah lalu aku singgah terus la rumah koo...lama sangat aku tak jengok ko Zah.."

" Macam mana jualan kuih ko Aniii....dah sampai sini jualannya...makin maju tuu"

" Ala...aku baru cuba cuba nak cari pasaran kat sini je Zah...minta minta menjadii..."

..........

" Mak Deee..........rindu rinduuu......muah muah..." Anak gadis Pn. Hafizah triba triba muncul dari ruang bilik....bersalam dan mengucup dahi Pn. Rohani .

" Ehh! Kamu tak pergi Kursus  kat Ipoh ke Zana?" 

"  Kursus apanye Mak Dee..." Tanya Suzana terkejut.

" Laaaa...semalam Idah cakap ada kursus ape tuu...akaun...akon....beriya iya minta Mak Dee HANTAR DUITT....ingatkan kamu pergi sekali..."

" Iskkkkkkkkkk....mana ada Mak Dee, Kan Zana sekelas dengan dia...setahu Zana cikgu tak ada cakap apa apapun...yang Zana tahu ada buat rombongan ke Genting...mulanya Zana nak pergi, tapi tak jadilahhh....". Kata kata itu membuatkan Pn. Rohani terdiam. Air matanya mengalir sedangkan Rohaidah anaknya sedang ketawa RIANG RIA DIPUNCAK GENTING ...
   

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.