-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 26 Oktober 2013

DATUK MUKHRIZ SENDIRI DAH TERSILAP...tengok laa......

PEMBACA


BAPA MENTERI NI PENYOKONG PAS RUPANYA,SUMBERNYA  DATUK MUKHRIZ SENDIRI...ADOIII!!

Gendang PRK DUN Sungai Limau yang dalam sungai tu tak ada pun sebiji limau mahupun pokok limau sudah pun bermula. Pelbagai isu sudah mula membiak bagi menarik minat pengundi . 

Antara isu panas yang diperkatakan ialah KESILAPAN MB Kedah, Dato Mukhriz Mahathir yang secara TIDAK SENGAJA MEMPERKENALKAN Bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk hal ehwal agama....apa yang silap??


Begini, terus terang penulis tak tahu pun yang Bapa Menteri En. Baharom Ramli ni ADALAH AHLI PAS sehinggalah penulis terbaca rungutan MB Kedah yang TIDAK PUAS HATI kerana PAS mempergunakan bapa DS Jamil Khir sebagai modal kempen.

Jadi disini penulis anggap ini satu kesilapan kerana jika DILIHAT DARI SUDUT POLITIK,  SECARA TIDAK LANGSUNG, Datuk Mukhriz sendiri sedang membantu calon PAS dan meng "IYa" kan bahawa Bapa DS Jamil Khir MEMANG AHLI PAS sebab penyokong UMNO tidak akan dengar dan baca isu ini dari pihak PAS melalui kenyataan ini


Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Beliau merupakan ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu menerima kunjungan Ustaz Azam dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Kampung Sedaka, semalam.

Ini kenyataan dari Datuk Mukhriz sendiri....

Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Limau di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata BN juga ada menziarahi balu Allahtarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar.

Namun menurut Mukhriz beliau tidak menghebahkan mengenai kunjungan tersebut kepada media demi kepentingan politik BN.

"Kalau nak cakap mengenai ikhlas, malam selepas hari pengumuman calon BN (Isnin malam), saya bawa (calon BN) Dr Ahmad Sohaimi (Lazim) buat kunjungan hormat kepada Puan Sri Faekah dan keluarganya di Alor Setar.

"Saya berada di rumah tersebut selama dua jam, bersembang-sembang mengenai pelbagai perkara dan memperkenalkan calon kita sebagai kunjungan hormat," katanya.

Takpelah, kita bincang soal IKHLAS disini kerana Datuk Mukhriz dah sebut pasal KEIKHLASAN...... 

 Soalannya........IKHLASKAH PULA di pihak BN bila

-MEMBERI GULA, KAIN BATIK dan pelbagai JANJI untuk meraih undi .

-IKHLAS kah beliau bila membuat kenyataan ADANYA KUNJUNGAN hormat pada Puan Sri Faekah bagi menyamai apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS .

Sebab "Janji , beri dan berkunjung " ini cuma berlaku apabila adanya PRU saja, kalau tak ada PRU mustahil penduduk Sungai Limau nak dapat kain batik, dapar gula "kurang subsidi" selain dapat beramah mesra dengan menteri dan petugas parti secara dekat, kan isunya sama juga dengan KUNJUNGAN PAS pada ayah DS Jamil Khir diatas....dan .......dan ....BUKANKAH INI SEMUA POLITIK!! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.