-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 2 Oktober 2013

DIROMPAK KERANA KERETA CANTIK.........Adehhh!

PEMBACA


Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.  Sambil-sambil mencuci mata, melihat panorama pagi... sigadis, siteruna, silelaki dan siwanita, dengan berbagai gaya ketempat kerja. Triba-triba, terkejut gilerrrrr saya apabila ternampak sebuah kereta ronda polis, berhenti dibelakang kereta saya. Dengan penuh gaya, seorang anggota polis datang ke arah saya. Sambil membuat senyuman menawan beliau menyapa saya… "Selamat Pagi, Cik Kak.."


"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Seperti tahu yang saya agak panik, anggota polis tu terus tersenyum..sambil berkata:" Selalu keofis, memandu sorang diri ke..?" "Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?..


"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.  Cuma... macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, mencederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar"mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.  Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.  Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.  Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik ye Cik Kak.." Kata encik polis itu dengan panjang dan lebarnya....


Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat..   Errrrrrrr.... betul jugak. Triba-triba  perasaan takut terus menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh and the geng tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Honda City saya. Kena duduk kat rumah aje ye...


Moral of the story: Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!


Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!!


Just nak share dengan kengkawan beberapa kereta yang kiut yang rupa-rupanya boleh mengundang kecelakaan...!


Errr... errr... tapi kan... kalau yang cenggini macamane lak ek???....




tthehehe.. toink! toinkk!!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.