-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 2 Oktober 2013

PENDEDAHAN PANAS RAIHAN SULAIMAN PALESTIN...

PEMBACA

BENARKAH PENDEDAHAN YANG AKAN ANDA BACA DIBAWAH INI NANTI?? Adakah ini situasi sebenar yang dialami oleh calon calon UMNO yang bertanding....Wujudkah diskriminasi dalam pemilihan calon...wujudkah tangan tangan diatas seperti didakwa untuk MEMILIH "Calon calon tertentu".

Atau ini semua gimik untuk meraih simpati dan undi...Tak kisahlah apa pendapat anda nanti,sebab pada pandangan penulis ...JIKA DAKWAAN INI BENAR, memang ada ORANG UMNO SENDIRI YANG BERUSAHA UNTUK "MEMULIHKAN" UMNO DARI KEROSAKAN....

Tidak ada makluman daripada UMNO perhubungan negeri tentang pembatalan program sebaliknya calon terpaksa mendapatkan sendiri maklumat daripada UMNO Online setelah dimaklumkan oleh seorang rakan.

Malahan semua jemputan daripada pihak media arus perdana telah pun dibatalkan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Nampaknya terdapat satu tekanan daripada pihak atasan kepada pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan calon.

Mereka yang menjadi Menteri mendapat semua akses dan kemudahan berkempen di media massa yang mana menyalahi peraturan pencalonan. Malahan dengar-dengarnya ada calon yang melantik perwakilan sebagai pencadang sedangkan itu melanggar etika pencalonan yang telah dinyatakan secara jelas di dalam borang.

Terdapat 2 'set of rules' untuk calon yang bertanding yang berbeza status dan kedudukan.

Setelah calon gagal dirasuah dengan wang dan juga jawatan, kini calon dipulaukan, dipujuk malah diugut untuk menarik diri dari pencalonan.

Sekiranya inilah transformasi yang dicanangkan, baiklah tenderkan sahaja jawatan kepada pembida tertinggi tanpa perlu menwar-warkan 'keterbukaan' yang hanya merupakan halwa pendengaran.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut menyiasat apa yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu ini yang merasa diri mereka itu begitu hebat sekali seolah-olah tiada Allah Yang Maha Berkuasa, sehingga dapat melepaskan diri daripada apa sahaja yang mereka lakukan semata-mata kerana mereka berpangkat dan berharta.

Malahan ada sesumpah yang sanggup mempergunakan agama untuk tujuan 'sumpah mubahalah' yang mana entah ya entah tidak dilaksanakan atau mungkin hanya dimanipulasikan untuk melonjakkan populariti diri yang bangkrap idea.

Diharapkan agar para perwakilan menolak segala macam personaliti tidak bermaruah seperti sesumpah, katak, ular, jerung, lembu dan karektor-karektor makhluk perosak lain yang membusukkan UMNO hingga ke usus. Bersihkan usus UMNO agar ahli akar-umbi dan rakyat jelata kembali menghormati UMNO.

Kelompok itu sebenarnya adalah serigala ganas yang berpura-pura menjadi biri-biri yang jinak.

Tolak juga pemimpin komunis, ajaran sesat, atheis(tidak beragama) dan penyembah setan (Illuminati) yang telah menyusup ke dalam parti keramat UMNO demi menjayakan "New World Order" atau orde baru dunia. Kita boleh mengagalkan misi jahat mereka yang sedang memecah-belahkan perpaduan umat Islam secara halus.

Pilihan di tangan anda samada anda mahukan kebaikan (cahaya iman) atau kejahatan (kegelapan). Jatuhkan petualang dan julangkan kebenaran!

Bagi pertandingan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), satu cadangan iaitu wakil calon yang berintegriti dan tidak akan tunduk kepada sogokan harus berada di dalam bilik pengiraan undi untuk memastikan pengiraan undi adalah telus dan tidak dimanipulasi untuk memberikan kemenangan kepada mereka yang korup.

Akar umbi mahukan perubahan dan sekiranya kepimpinan UMNO masih kekal di takuk lama, tidak mustahil Malaysia Spring bakal berlaku di Malaysia akibat penindasan pemimpin negara. — with Raihan Suleiman Pelastin.

klik sini untuk facebook beliau..........DISINI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.