-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 28 Oktober 2013

AKSI MESRA ALAM SEKELUARGA DALAM KERETA...........indahnyaaa

PEMBACA

"Awak..... malam ni kita bawa anak gi Pontian...makan! " Pesan En. Somi yang sebenarnya  lebih kepada "SATU ARAHAN".

" Jauh lah bang... semata mata nak makan...err...kita makan kat Danga Bay je lahh". Rayu saya yang terbayang betapa jauhnya perjalanan dari rumah nak ke Pontian semata-mata UNTUK MAKAN malam...adehh! Pergi balik 2 jam tuuu .......bukan 20 minit!

"Whatt!! " Adehh!! Baru disebut arahan diatas tuuu......."Yelahhh, Nur siapla dengan anak anak nanti..."

Itulah sikap suami saya yang mulanya saya sendiri tak boleh terima, iyelah kita penat bekerja, En. Somi pun kerja juga, anak pula letih bersekolah... jadi kalau setakat nak makan malam tu apa salahnya cari yang dekat saja... Jimat pun jimat... tak lah penat nak kerja esok...errr...itu lum campur dikerjakan lagi...lagi penat.... ehh!! 

Nak kata En. Somi cerewet tentang makan, rasanya tidak, padanya cukup ADA RASA MASIN...bolehlah dia makan begitu juga dengan kami anak beranak... dah la muka sekeluarga tawar, makan pula benda tawar... kesian pada orang melihat MUKA TAWAR kami nanti kan ....ahaks!!

Apa tujuan sebenar beliau bawa kami anak beranak makan jauh jauh?? Dan lebih menyakitkan... sepanjang perjalanan Radio atau Video TIDAK DIBENARKAN dipasang... dasatkan !! 

Nampak macam tegas dan macam suka membazir kan +Dukun Pasir JOMGELAKFM  ni...Tapi hakikatnya ADA SESUATU YANG MENARIK yang saya rasa mahu kongsikan .

Sebenarnya... dalam perjalanan kami itu, En. Somi akan bertanya saya dan anak-anak tentang aktiviti seharian... hal kerja... hal sekolah... masalah-masalah dan sedikit "Tarbiah" darinya........dan dari situlah saya MULA FAHAM NIAT SEBENAR BELIAU......Cuma dengan cara memandu berkeluarga saja kami dapat BERMESRA ANAK BERANAK...kami dapat gelak ketawa berkongsi cerita......Rasa kasih dan sayang satu sama lain sangat erat dan INDAH waktu ituu...

Dizaman serba maju ni, ramai ibu bapa yang berkerjaya, jadi RUANG MASA UNTUK ERATKAN TALIAN KEKELUARGAAN ITU amat terhad dan kadang kala TIDAK TERCAPAI DEK KERANA kita sibuk dengan kerjaya ,si anak pula sibuk dengan hal persekolahan mereka. Jadi dengan cara berkumpul SEKELUARGA DALAM KERETA begini adalah satu tips yang saya rasa anda patut cuba dan lakukan.......ianya pasti indah!! 

Cubalah anda lakukan perkara seperti diatas, nak berkumpul semua dalam satu rumah kadang kala susah kan...nak pula ada anak yang sekolah berasrama...suami pula bekerja jauh...jadi carilah satu RUANG MASA supaya dapat berkumpul dalam sebuah KERETA.....

"Nurrrrrrrrrrrrrrrrr........." Kannnnnn... En. Somi dah panggil dengan aksi muncung mulutnya......nak perli kitalah tu...mentang-mentang kita TAK BOLEH SEBUT "R" Huh! 

  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.