-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 29 Oktober 2013

ISTERI TERUS PENSAN DEPAN ANAK.......... Sedih....sedih

PEMBACA

Rasa seronok dan bahagia apabila setiap seorang anak mempunyai watak masing masing, ada yang pendiam, ada yang nakal dan ada yang tak henti bercakap bertanya itu dan ini seperti anak ke tiga saya...Adeh!!

Kita pula tak boleh salahkan sifat si anak yang begitu kerana sudah jadi lumrah bagi si anak,keinginan  dan naluri ingin tahu mereka itu begitu mendalam,cuma kadang kala SOALAN MEREKA ITU MEMBAWA MAUT BUAT KITA seperti saya TERKENA tadiii......
  

"Ayie buat apa tuu......" 

"Tengah goreng ikan ibuu..." Jawab yang menyakitkan hati kerana dia sedang membaca harian metro...adehhh!! Nyesal pula tanya macam tu tadiii...

Saya malas dah nak layan, saya terus menuju ke dapur untuk menyusun pinggan sambil   membetulkan pinggang sendiri yang lenguh ,sedang  asyik Ah ah Amelina  menyusun pinggan berlogo "rajin ,cekap dan amanah" itu...si anak ketiga tadi hampiri  saya...

"Ibuuu....errr...malaikat yang soal dalam kubur tu ada dua orang kan..." Tanya sianak.

" Iyeee... Ayie tahu tak siapa? ". Soal saya kembali.

" Munkar dan Nankir...Ayie tau tuuu...dah belajarr ! ".

" Pandaipun anak ibuuu....so why...?" Puji saya dan bertanya lagi kerana saya syak ada SESUATU disebalik soalannya tadi.

" Iyelah kannn....Ayie keliru dan kurang faham,contohnya ada kemalangan besar dan melibatkan kematian yang ramai dalam satu satu masa..." Adehh! Soalan dia ni tak padan dengan usia...baru darjah 3 tuuu.......... patutlah cikgunya ada mengadu pada saya baru baru niii.....adoiii....

" Then..." Tanya saya lagi...debar juga dibuatnya maklumlah anak saya yang sorang ini PETAH BERKATA KATA ...iye ke anak  anak peguam pandai begitu?? Adeh...terasa pulokkk saya...!!

"Ibu tengok berita dalam akhbar ni...seramai 10 orang terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas..." Katanya sambil menunjukkan keratan akhbar...

Saya membaca sepintas lalu kerana fokus utama pada "SESUATU"  yang ingin si anak sampaikan.

"Emmmm..... apa relevannya isu kemalangan dengan malaikat tadi sayang?? ...." Tanya saya inginkan kepastian. 

"Iyelahhh! Kalau dah meninggal 10 orang, SEMPAT KE MALAIKAT MUNKAR DAN NANKIR NAK TANYA SOALAN IBUU?... mereka cuma berdua jeee... itu tak campur yang meninggal waktu yang sama ditempat lainnn....camnee ibuuu...How?? How??...." 

Adoooiiiiiiiiiiiiii!! Ada sesiapa boleh tolong jawabkan tak?? Saya rasa nak pensan dah niiii........Toink! Toink!!!


1 Mesej diterima:

so so soooo genius your kids... bertuah dpt ank mcm tu..

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.