-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 29 September 2013

PANAS! SINDIRAN PEDAS RAIHAN PALESTIN UNTUK MAZNAH MAZLAN

PEMBACA
 

Dikalangan  pemimpin dan ahli Umno demam pemilihan untuk bertanding jawatan mula dirasai dimana suasana dan bentuk kempen sedang meriah diadakan disana dan disini.

Antara yang menjadi perhatian pastilah jawatan Ketua Wanita yang disandang DS Shahrizat yang akan dicabar oleh Datuk Maznah Mazlan Adun Muadzam Shah dan Raihan Sulaiman Palestin, AJK Umno bahagian Kulim.


Yang saya nak kongsikan disini ialah kempen Raihan yang RASANYA PEDAS dan boleh bernanah telinga Maznah dan Shahrizat sendiri.

Tak caya?? Cer tengok kempen Raihan ni.....Hahahaha!! Nampak biasa saja ayatnya TAPI MENDALAM....

Biasalah kempen kan...cuma jangan keluar video lucah dah la...ehh!! Oklah...Antara ke tiga calon ini...

Shahrizat memang penulis kenali dan lebih kenali sejak isu panas lembu dan kondo meledak...sedikit sebanyak ianya memberi kesan pada Shahrizat, kalau tidak TAK KAN DIA LETAK JAWATAN MENTERI walau tak perlu bertanding dalam PRU.

Raihan Sulaiman Palestin pula...jujurnya saya tak kenal kecuali kumpulan Raihan dan penduduk Palestin...tapi semangat beliau untuk cuba bertanding walau dia TIDAK BEGITU DIKENALI ITU YANG MEMBANGGAKAN saya...dia ternyata LEBIH "BERDAYA SAING" dari Azalina Othman Said yang tutup buku awal awal lagi. 

Maznah Mazlan?? Ini memang saya kenal sebab dia adalah ADUN Muadzam Shah yang jirannya Rompin...jarak kedudukan tempat tinggal penulis dengan Muadzam adalah dekat, jadi walaupun Maznah Mazlan adalah Adun Muadzam, tetapi beliau juga dikenali penduduk sekitar Rompin...

Sepanjang saya kenali beliau walau DIA TAK KENAL PUN siapa SAYA...Maznah Mazlan dilihat AMAT MESRA RAKYAT, banyak program yang beliau aturkan untuk penduduk setempat ,seringkali  juga dia hadiri majlis yang dianjurkan penduduk disini walau dia bukan ADUN Rompin. 

Dan itulah rahsia kejayaan beliau YANG TETAP DIPILIH DAN SUKAR DITANDINGI OLEH CALON pembangkang. Saya berani katakan jika dalam PRU ke 14 nanti tiada sebarang perubahan dilakukan pemimpin pembangkang baik di Muadzam Shah mahupun Rompin sendiri..PELUANGNYA TIPIS.....!

Berbalik pada kisah diatas tadi, Saya bukan nak bantu Maznah Mazlan kempen...tapi saya nak berkongsi apa yang saya NAMPAK dan APA YANG saya TAHU kerana itu BUKAN FITNAH...samalah juga anda yang kenali Raihan dan Shahrizat,masing masing boleh mengeluarkan pendapat .

Dalam Umno mahupun pembangkang, tak semuanya JAHAT DAN SEMUANYA ELOK...Kita sebagai rakyat BIARLAH JADI PENGUNDI YANG BIJAK supaya TIDAK DIPIJAK!! Seperti contoh, andaI kata Maznah Mazlan berjaya terpilih sebagai Ketua Wanita Umno,kesannya turut dirasai penduduk setempat, banyak kelebihan yang AKAN KITA RASAI SEPERTI DARI SEGI KERANCAKAN PEMBANGUNAN, Insaniah dan sebagainya...

BUATLAH PILIHAN BIJAK BERDASARKAN APA YANG PERWAKILAN UMNO NAMPAK...BUKAN BERDASARKAN jumlah duit ehhh!! Eh!!! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.