Tweet |
Kita sebagai wanita mesti perasan satu fakta ini......Segarang manapun kita dengan anak, anak tetap tidak takut dengan kita...si anak lebih takut pada bapa, ayah, abah atau Papa...betul kan?
Kadang kala Nur terfikir...Nur lebih tegas dan berdisiplin dengan anak nak dibandingkan dengan Baba(Ayahnya)...tetapi apabila kita menyuruh atau MENEGAH mereka lakukan sesuatu..susah mereka nak buat, tapiii...kalau Babanya suruh.....sepantas kilat dibuatnya.
Nur sendiripun lebih ketar lutut dengan Abah Nur...sedangkan Abah tak pernah pukul mahupun jentik Nur,selalunya emak....ahaks!....tapi Nur tetap TAKUTKAN abah.....Pelik kan...mungkin itulah kelebihan yang dimiliki oleh seorang lelaki apabila bergelar bapa.
Selain tidak takutkan kita ,si anak ini juga kadang kala boleh main main kan kita...tak percaya tengok aksi anak kesayangan +Dukun Pasir JOMGELAKFM ni........
Malam tadi Nur menyuruhnya membaca buku ataupun siapkan kerja sekolahnya sebab dah asyik sangat main game...nak tau apa anak bertuah ni JAWAB??
" Ala ibu ni...sedangkan pokok yang tak pernah sekolah tu pun ada gaji tau...". Menyirap darah saya dengar jawapannya itu.
"Mana adik belajar ni...ibu tak pernah dengar pun pokok ada gajiii...".
" Ala...nampak beno ibu kurang makan garam dari adik...tuuuuuuuuuuu!! Ibu tengok dan baca kat Meja Baba tu...kertas wane ijauuu..." Katanya menyebabkan Nur terus ke Meja tulis Babanya...ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!! RASA NAK PITAM DIBUATNYAA .
Lebih kurang jam 2 pagi, Nur bangun untuk buat solat sunat Tahajjud...melewati dapur, dalam samar samar cahaya lampu...Nur ternampak sesusuk tubuh kecil sedang asyik makan ais krim coklat milik kakaknya....Nur perhatikan, ini mesti si Aniq sebab tadi dia pujuk kakaknya nak makan...kakaknya tak bagi....Nur jerkah dia .
" Adikkkkkkkk!! Kenapa curi curi makan ais krim kakak tuuu.." Dengan selamba dan tanpa bersalah...
Aniq MULA BERLAKON .....disimpannya ais krim dalam peti ais...dia basuh tangan di sinki...kemudian tanpa mempedulikan Nur yang memerhati lakonannya itu...dia minum seteguk air suam diatas meja....dengan gerakan perlahan dia berjalan menuju ke bilik tidur ...Nur dapat lihat Matanya DIBUAT SEOLAH TERPEJAMMMMMM!! Elehhh!! Kononnya dia nak MEMBUKTIKAN PADA NUR , yang DIA TIDAK SEDAR...DIA CUMA BERMIMPI........
Paginya sebelum ke sekolah, kakaknya kecoh kerana ais krim kesayangannya dimakan ...dan pastilah Aniq jadi sasaran tuduhan kakaknya...tau apa dijawab dalam aksi tidak bersalah.
" ALAAAAAAA...ANIQ MIMPI MAKAN AIS KRIM KAKAK...mana dosaaaa! Kan dah kantoiiii!!
Jumpa lagi.........
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan