-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 20 Mei 2013

SELEPAS PRU13 INILAH YANG BERLAKU

PEMBACA
Walaupun PRU 13 sudah berlalu , tetapi pahat masih berbunyi .Di fb saya, penyokong tegar PKR masih tidak berputus asa membongkar segala yang negatif Meletakkan segala kesalahan dan yang buruk pada BN .Kalau perkara itu benar tidak mengapa Kesahihannya , Allah saja yang tahu

Gambar diatas ni adalah sebahagian daripada contoh . 

Hakikatnya , kenaikan harga barang di pasaran dilakukan pihak ke 3 yang menangguk di air yang keroh .
Siapa mereka ? 
Dah tentulah penjual , takkan pembeli kot !
Yang pasti kerajaan hanya boleh mengambil tindakan ke atas barangan yang di bawah kawalan harga seperti gula , tepung , minyak masak, ayam dan lainnya .

Malam tadi , menteri berkenaan pun dah melenting .
Ya lah , takkan dia kena pergi semua tempat semata-mata nak check harga kan kan kan?
Naik harga tu hak penjual . 

Penjual pun ada kesukaran mereka sendiri terutama kos yang terpaksa ditanggung .
Katakan lah PKR menang dan mereka tunaikan janji beri gaji minimum RM 1500 sebulan .
Pembaca rasa harga barang akan naik tak ?
Sudah tentu lah kan !
Penjual pun nak untung juga .
Pada masa tu dah tentu rakyat akan salahkan PKR selaku memerintah .
Kan sama juga masalahnya ... haishhh


Tentang blackout pulok, kita kena fikir , orang yang buat blackout tu penyokong BN ker PKR ?
Tak kira lah dia tu org SPR atau kerani yang terlibat dengan PRU 13 .
Sama ada sabotaj atau sekadar propaganda Kalau ada bukti sahih tu tak mengapa ...


Sama la gak dengan undi pos .
Ada maklumat kata , undi pos disorokkan kat satu premis perniagaan .
Tu sebab PKR kalah .
Orang yang lakukan tu saja nak sabotaj PRU 13 ker atau tak nak bagi BN / PKR menang ?
Semuanya sudah jadi teka teki .



Ada juga penduduk di Sabah yang tag status dipage yang minyak Ron 95 dah naik 20 sen di Sabah. Setahu saya, kalau kerajaan nak naikkan harga minyak , perlu dapat persetujuan kabinet .
Selepas tu mestilah diwartakan kepada rakyat melalui media cetak dan elektronik .Bukan boleh suka-suka on / of cenggitu jer ...
Sama jugak dengan kenaikan caj untuk bil api .saya kesal sebenarnya dengan mereka ni .
Bukan tak bijak pandai, cuma mereka ni hanya boleh berfikir berdasarkan apa yang ada di depan mereka dan orang ramai selalu perkatakan. Senang citer terikut-ikut.

Kerana PRU 13 jugalah saya dah unfriend beberapa kawan yang kurang mesra .Sakit mata lah bila mereka ni secara terbuka kata tak kisah hilang kawan atau dapat lawan "Sesapa yang tak suka tu, memang fikiran sempit dan buta mata ... "Dah jadi sampai cenggitu sekali. Saya harap mereka ni berhentilah daripada menabung dosa .Saya tak membenci sesiapa dan memihak kepada sesiapa. Cuma rasa lebih aman tanpa melihat status mereka di fb. Takde faedahnya pun nak marah-marah dengan kerajaan. Hakikatnya , anda TAK AKAN dapat mengubah apa-apa .Cuma ada sakit hati jer ..Seeloknya jernihkanlah yang dah keroh tu .Terima hakikat segala yang berlaku atas kehendak Allah jua .




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.