-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 20 Mei 2013

MASALAH YANG SENGAJA ADA PADA SMARTPHONE

PEMBACA
Pakai Hp canggih lagi terkini adalah impian setiap remaja ...sebab jarang pakcik makcik yang SUDI dan berminat dengan HP yang boleh membuat pelbagai perkara, pada mereka cukup dapat buat panggilan pun dah dikira canggih!.
Tapi pakai telefon yang canggih seperti Smartphones ini ada juga kelemahannya........nak tau??

Setiap smartphone ada fungsi untuk pengenalan ID pengguna antara tujuan utamanya ialah tiada orang lain boleh buka selain kita sebagai pemilik sebenar......

Untuk membuat ID pengguna ini boleh melalui SUARA dan rupa...canggih kan! Contohnya bila kita nak buka HP kita, kita sebut aja satu ayat yang telah kita settingkan sebelum ini....ataupun kita tunjukkan wajah kita ...wow!! Dah macam nak masuk bilik gelap pula canggihnya HP sekarang ni kan.

Dalam pada itu .......JANGAN KITA LUPA......ianya memberikan masalah kepada anda JIKA SUARA ANDA LAIN MACAM seperti kena selsema.......sampai kepagi anda tak akan dapat gunakan HP anda ......Miahahahahaha....

Macam mana pula dengan wajah?? Kalau suara mungkin agak tak selamat macam penulis sebut diatas tadi disebabkan selsema....rasanya wajah tak akan bawa masalah sebab memang jarang berubah walau ada jerawat seunit dimuka...betul??

TAK BETUL!!! Sebab rakan penulis dah kena......masa dia set kan ciri ciri keselamatan melalui wajah ,dia terlupa satu perkara.......

Selepas beberapa hari dia botakkan kepalanya...maka BENGONGLAH HP dan rakan penulis ni bertekak sesama sendiri kerana UNKNOWN IDENTITY.......miahahaha

Kan.........ada kalanya benda canggih ni memberi masalah! 

2 Mesej diterima:

HAHAHAHAHAHH,,,haduihh,,senak perot aq glak baca nih,,,,haish,,,hahahahahahaha

HAHAHAHA,,,senak perut aq baca benda nih,,,haish,,,HAHAHHAHAHAHHA

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.