-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 18 Mei 2013

KENALI SUAMI MELALUI MEE GORENG

PEMBACA
Lama betul tak masak Mee goreng, hari ni triba triba nak masak mee goreng ala "cik kiah datang rumah".......Fobia kejadian lalu masih segar di ingatan ...walaupun kejadian itu amat memalukan tapi disitu Nur dapat kenali SIAPA SUAMI NUR.


Kisahnya berlaku diawal perkahwinan kami, Nur tahu memang suami suka makan Mee Goreng dan Nur pula bukanlah pandai memasak maklumlah sibuk dengan kerjaya . Namun sebagai isteri ,Nur cuba lakukan yang terbaik untuk suami.

Minggu pertama selepas kami berpindah kerumah sendiri Nur  belajar memasak terutama mee goreng kesukaan suami. Setelah yakin dan berani, masuk minggu ke tiga barulah Nur tawarkan diri untuk memasak buat suami tersayang kerana beberapa minggu sebelum tu memang kami banyak makan diluar maklumlah masing masing ada kerjaya sendiri ...

Memang hari itu Nur balik awal...dan berpesan pada suami supaya jangan makan diluar...Nur masak untuk dia...terdengar suami berkata seakan terkejut! Namun ianya pasti menjadi kenyataan.

Seawal jam 8 malam suami dah menanti mee goreng.....Alhamdulillah kelihatan mee yang Nur goreng tadi nampak begitu menyelerakan...emmm.....suami duduk untuk menikmati hidangan dan Nur pasti teruja dalam penuh debaran kencang...maklumlah pertama kali masak untuk suami...rasa seram sejuk! Nak pensan pun ada...apa kata suami ku nanti...ahhh!! 

Satu suapan telah masuk kedalam mulut suami...dia kunyah mee dengan reaksi bersahaja...Nur yang makin cemas...taktt...takut mee tak sedap.......debaran makin kencang bila suami pandang pada Nur selepas suapan yang pertama.......

" Terima kasih sayang...sedap mee ni, memang rasa mee goreng tak rasa karipap ataupun biskut lemak. Huh! Sempat lagi tu bergurau...alahaiii!! Gembira tak terkata. Nur pun ambil sepinggan mee untuk makan bersama suami. Lega hati ini dengan pujian suami tadi walau dia cuba melawak...ahakss!

" Ehh!! Masin...." Terasa mee yang dimasak tadi masin..Nur diam...Nur tengok suami yang asyik makan ..."ADAKAH SUAMI KU TAHU MEE INI MASIN TAPI SENGAJA DIA PURA PURA KATA SEDAP?"......Nur jamah lagi mee untuk buktikan...ahh! Memang masin. Maluuuu.....maluuu......

Hati Nur dah mula rasa tak sedap....lebih risau lagi bila tengok suami mula menambah mee.....Nur terpaksa mengaku...

" Sayang...You tau mee tu masin kan". Nur membuka mulut.

" Biasa jeee...." Suami menjawab sambil mula menambah mee.

" Sayang...Nur minta maaf! Memang masin mee ni...tak pelah JANGAN YOU PAKSA DIRI NAK HABISKAN MEE TU.....Nur faham you nak JAGA HATI NUR kan...." 

" Pada i mee ni tak masin.....sebab mee ni dimasak dengan penuh kasih sayang  malah rasa masin itu hilang kerana ianya lahir dari niat suci Nur untuk cuba menawan hati i ...kalau you tak nak biar i habiskan semua ni......" Kata suami ku menyebabkan Nur hampir mau mengalir air mata......

Terima kasih sayang!! Er......yang baru dimasak ni NUR dah cuba dan dijamin tidak MASIN lagi.....walaupun mee ini tidak sesedap mee goreng mamak ...tapi inilah bukti cinta dan sayangnya Nur pada dia...

Buat para suami diluar sana...hargailah masakan isteri WALAU IA TIDAK SEMPURNA.......


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.