-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 9 April 2013

JIKA DR MAHATHIR LUPA, SAYA TIDAK.......

PEMBACA
Setiap yang telah berlaku terutama yang melibatkan negara akan menjadi sejarah, dan Allah mengizinkan setiap yang telah menjadi sejarah itu berlaku untuk kita jadikan SEJADAH untuk kita renung dan nilai.


Banyak yang bertanya pada penulis mahupun rakan rakan lain yang mengikuti isu politik semasa......

KENAPA TUN Mahathir begitu BERIYA IYA mahu menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional sedangkan dia sudahpun bersara dan mengapa cuma TUN SAJA YANG KELIHATAN MEMBANTU JENTERA UMNO TIDAK mantan mantan pemimpin yang lain? Jawapannya dibawah.

TUN DR. MAHATHIR SEBENARNYA CUMA MAHU MENYELAMATKAN PARTI YANG DIBINANYA IAITU UMNO.....Ahhh!! Tak logik ! Bukan Dr. Mahathir yang tubuhkan Umno tetapi Dato Onn Jaafar pada 1946. Ok.....lihat dulu fakta dan ulasan ini.....

Dalam sejarah negara, inilah senarai PERDANA MENTERI negara kita yang tidak boleh diubah sampai bila bila, Tunku Abdul Rahman kemudian Tun Razak dan diikuti oleh Tun Hussein Onn. 

Kita berenti setakat Tun Hussein Onn dan kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada mereka bertiga dulu.......

Siapakah Tun Hussein Onn? Seperti penulis sebutkan tadi, beliau adalah anak kepada Onn Jaafar iaitu orang yang menubuhkan UMNO....

Bermula dari zaman Tunku hingga ke zaman pemerintahan Tun Hussein Onn,memang UMNO banyak berjuang untuk rakyat. Banyak kemajuan yang dibawa terutama dari Tun Razak khusus untuk orang melayu dan diteruskan oleh Tun Hussein Onn. 

Tetapi perjuangan untuk RAKYAT TERHENTI SETAKAT INI.....setakat Tun hussein Onn sahaja...selepas Era Tun Dr. Mahathir segalanya berubah.

Kita kembali pada fakta era pemerintahan Tun Dr. Mahathir ......INGATKAH ANDA TARIKH INI? 4FEB 1988 adalah tarikh UMNO diharamkan setelah hampir 7 tahun Tun Dr. Mahathir mengambil alih pimpinan dari Tun Hussein Onn.

Jadi dapatkan fakta penulis tadi bahawa UMNO yang berjuang untuk rakyat penamatnya dizaman Tun Hussein Onn......

Ok...kita terus pergi ke isu utama? Isu perjuangan demi agama bangsa dan negara seperti yang dicanangkan oleh UMNO Tun Dr. Mahathir sekarang.

Tahukah kita PUNCA YANG MENYEBABKAN UMNO HARAM pada 1988? Punca utama IALAH PEREBUTAN KUASA DIANTARA TENGKU RAZALEIGH DAN TUN SENDIRI sehingga tertubuhnya parti Semangat 46.....

Isu perebutan kuasa ini memang hebat dan melibatkan Tunku dan Tun Hussein Onn sendiri yang anda boleh lihat melalui keratan berita disini.....Bayangkan jika Tun Dr. Mahathir sendiri boleh menghina dan menjatuhkan Bapa Kemerdekaan demi kuasa apatah lagi pemimpin biasa. 




Penulis tak mahu ulas tentang isu perebutan diatas, tetapi apa yang ingin penulis ulas ialah ........BERMULANYA ERA MENGEKALKAN KUASA dizaman Tun Dr. Mahathir.

UNTUK APA PERLU KEKALKAN KUASA? Kita tahu Dr Mahathir selalu mendakwa DIA TAK PERNAH SILAP DAN TAK AKAN MENGAKU SALAH, selalu dia akan menyalahkan orang lain.......betulkan? Jadi bila DIKEKALKAN KUASA..segala yang beliau SILAP akan dapat ditutup untuk menunjukkan DIA TIDAK SILAP!!

-Fakta seterusnya........dizaman Tun Dr. Mahathir jugalah DIPERKENALKAN SATU PENDEKATAN DALAM PARTI UMNO YANG DIAMALKAN HINGGA KINI IAITU 

KERUSI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN TIDAK DIPERTANDINGKAN, atas alasan untuk kekukuhan parti......

Jika ada yang hendak melawan Dr Mahathir dia akan cantas, tengok nasib KULI....Musa hitam (Yang pernah mengeluarkan kenyataan seperti berikut- Jika saya tidak ikut arahan Tun, saya juga akan dituduh MELIWAT! ) dan sekarang YANG DITUDUH MELIWAT IALAH ANWAR IBRAHIM.....betul kan?

Seperti kata Mahfuz Omar, bukankah ini menunjukkan bahawa, KUASA perlu dipertahan......bukan lagi perjuangan untuk rakyat!

Tapi Tun membawa pembangunan dan pemodenan pada negara, macam mana pula? Memang benar Tun membawa pembangunan dan pemodenan pada negara,jika dilihat pada zaman Husni Mubarak pun pembangunan tetap ada, tetapi SIAPA YANG MONOPOLI semua kekayaan disebalik pembangunan itu? 

Persoalan menarik untuk kita fikirkan........APAKAH SUMPAH TEORI RAHMAN akan terbukti pada pilihanraya kali ini? 

R - Rahman
A- Abdul Razak
H- Hussein
M- Mahathir
A- Abdullah
N- NAJIB 

Seperkara lagi, adakah Muhyidin Yassin akan berpeluang menjadi presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri jika UMNO dan Barisan Nasional kekal memerintah? Dimana pula letaknya nanti Hishammuddin Tun Hussein ? 

Melihat dengan fakta bukan dengan auta......


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.