-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 9 April 2013

TERKELIRU SEBAB TIKET.........kesiannnnnnnnnnn

PEMBACA

"Wa.......Papagomo ni nak jadi calon lawan Anwar la...dia bertanding atas tiket bebas....menarik ni......". Kata ku pada seorang rakan.

"Boleh menang ke tuu? Jangan esok dia jadikan alasan duit DAH HABIS nak bayar saman dah laa......" Sahut rakan sebelah sambil hirup milo panas. 

"Tak apalah...janji dia ada usaha nak berjuang walau dia bertanding atas tiket bebas......hahaha" Perliku sambil memerhatikan anak bungsuku si ANIQ yang triba triba sibuk nak ngikut aku mengetea petang tu. 

Kacau daun betul ini budak,elok elok boleh "Ehem ehem" tak boleh plak sebab ada "PEMERHATI "........

"Tapi aku pelik la...pasal dia bertanding atas tiket bebas, tak tiket BN, kan dia penyokong segar Barisan Nasional" Kawanku mengejutkan aku dari lamunan terhadap Aniq.

Belum sempat aku menjawab..telefon ku berdering.......

"Baba! Dah beli tiket bas belum...?" Suara isteriku mengingatkan aku yang sudah terlupa....aku perlu beli tiket bas untuk esok.....

"Cepat Aniq minum dan habiskan roti canai tu...kita nak beli tiket bas plakk". Kataku sambil membayar minuman .

SELEPAS MEMBELI TIKET.

"FUHHHHHH!! nasib baik ibu kau telefon tadi...dapat juga baba beli tiket bas ni ....." KATAKU selepas membeli tiket.

" Wahhh! Baba dah jadi calon la cenggini...dah ada tiket" Aniq triba triba berkata yang memeranjatkan aku.

" Calon apa plak ni dik....."

" CALON pilihanrayalah............Itu TIKET BAS TU....... "Kata Aniq sambil menunjukkan tiket yang aku pegang

" Ini tiket BAS la adikkkkkk...bukan tiket beBAS untuk jadi calonnnnnnn.....masalah masalah......." Kataku sambil garu kepala ...susah nak terangkan pada anak yang belum mengerti apa itu pilihanraya...apa itu calon........



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.