-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 18 April 2013

ITU PERAIH UNDI DAH DATANG ........

PEMBACA

Setiap kali berlaku Pilihanraya, peraih undi bukan peraih GUNI adalah penting untuk memastikan kemenangan calon parti masing masing. Kini mereka yang terlibat sebagai peraih undi sudahpun bergerak dari rumah kerumah.

Tidak semua orang layak dan boleh menjadi peraih undi...orang yang terpilih sebagai peraih undi mestilah TEBAL MUKA..TEBAL TELINGA selain bermuka SELAMBER bila dimaki pihak lawan....itulah cabaran bagi setiap peraih undi.

Peraih undi tidak bertugas semasa hari mengundi saja, ditempat penulis sendiri ramai peraih peraih Undi yang sudah kelihatan bergerak dari rumah ke rumah,kedai ke kedai...kadangkala melalui Peraih undi juga mereka dapat MENEKA Kemenangan atau KEKALAHAN disatu satu kawasan! 

Untuk pihak Barisan Nasional peraih undi mereka terdiri dari mokcik mokcik dan diselang seli dengan kehadiran puteri puteri Umno......dan disertai lagi dengan BUAH TANGAN seperti beras,kain pelikat la la la....semua ini digunakan untuk menarik sokongan .

Pembangkang pula selalunya dilibatkan dengan pelajar pelajar Universiti yang bercuti dan TIDAK BERCUTI dan biasanya mereka membawa BUAH TANGAN BERBENTUK PAMPLET dan poster kecuali calon mereka berkemampuan ..barulah ada epal sebiji.... 

Kita pula sebagai rakyat yang menyokong MANA MANA PARTI PILIHAN janganlah bersikap sombong pada lawan yang datang kerumah...kerana mereka itu tetamu dan meraikan tetamu itukan sunah nabi. Ketepikan sikit sikap politik seperti maki hamun dan halau si peraih undi lebih lebih lagi yang ziarah kerumah kita itu SAUDARA SAUDARI ISLAM walau dia tidak bertudung.....

Ingatlah sikap kita kadang kala merosakkan imej parti ditambah lagi dengan teknologi bergambar dan bervideo sekarang ni ...sesuatu kejadian itu dapat dirakam dan dihantar untuk jutaan pengundi lain......sikap tolak ansur Allah pun sayangkan.

"Baba!! Nur dah nak pergi ni...Jangan lupa angkat kain, iron baju...panaskan nasik...ambil anak sekolah.....lagi satu...tutup TV kalau nak tido...jimat letrik......" 

PESAN siisteri yang KEBETULAN BERTUGAS SEBAGAI PERAIH UNDI.....Adehhh!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.