-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 18 April 2013

MELAWAN FAKTA GUNAKAN KERETA AJEE.........CISSS?

PEMBACA

Setiap rakyat Malaysua samada yang layak mengundi atau layak tapi tidak mengundi mempunyai sekurang kurangnya sebiji kereta. Bila disebut kereta, kereta ini ada dibeli melalui pinjaman bank terutama untuk kereta baru......bila ada pinjaman Bank...pasti ada jumlah tahunan dibayar balik........
Inilah isu politik yang cuba penulis uraikan.....


Kejadian ini......

" Risau aku kalau pembangkang menang!! Habis huruhara negara nanti". Kata seorang pokcik yang baru sampai dan terus order KOPI JANTAN satuuuuuuuu!

"Betul tu...aku setuju ! Habis anak anak aku yang kerja kerajaan kena berenti keje..sorang tu baru jee dapat jadi cikgu awal taun lepas..." Seorang lagi pakcik bersetuju sambil hirup Milo Ais.

"Itulah! Anak aku yang jadi askar kat Lahad Datu entah apa nasibnya kali ni...baru ja kawin..risau aku ..." Sambil kunyah karipap Pokcik itu berkata.

"Dah elok aman damai negara kita...nak ditukar tukar pulak...ingat macam tukar tayar apa!!". Marah betul pakcik ini.

"Errrrrrr....Pok cik ada kereta". Tanyaku pada Pokcik yang sedang makan karipap.

" Ada.....tuuu..." .Ditunjuknya kereta Proton Wira yang penulis rasa model 1994 berdasarkan pada no plat keretanya.

" Ko ni ...orang cerita pasal politik ko cerita pasal kereta...potong stim betullah.." Marah lagi Pakcik tadi dengan pertanyaan penulis tadi.

"Ada sebab saya tanya...saya nak beri contoh paling mudah". Kataku sambil senyum.

"Contoh apa plak...dah memang bahaya kalau kita tukar kerajaan yang ada....."

" Kalau salah TUKAR KERAJAAN, kenapa perlu ada SPR ,kenapa perlu ada Pilihanraya setiap 5 tahun sekali...dan..err..kenapa dinamakan negara ni DEMOKRASI ...baik tukar aja negara ni jadi sistem satu parti....tul tak?" Kataku menyebabkan pakcik dan Pokcik tadi diam dan memandang tepat ke arahku.

"Sebenarnya tukar parti atau disebut pemerintah ini ibarat macam kereta...PEMBANGKANG BAWA SEBIJI KERETA BARU UNTUK KITA UJI DAN NILAI...
MANAKALA BARISAN NASIONAL JUGA BAWA KERETA TAPI KERETA LAMA YANG TELAH KITA GUNAKAN SEKARANG NI...terpulang pada kita nak CUBA KERETA BARU atau masih nak BERSAMA KERETA LAMA yang pakcik pokcik pun dah rasa ada kalanya kereta tu  semput ada kalanya laju......

Bila kita tukar kereta, KITA TETAP DAPAT KERETA, tidak akan jadi motor mahupun bas...kereta itulah yang akan digunakan untuk urusan seharian kita,sama jugalah bila TUKAR KERAJAAN, tidak ada seorangpun kakitangan kerajaan termasuk guru,askar dan penjawat awam akan dibuang...

Alaaaaa...macam sekolah lah Pakcik...bila kita dapat GURUBESAR baru kat sekolah tu ,ada ke pakcik sebagai JAGA sekolah tu dibuang kerja? Ada ke guru guru serta murid murid sekolah tu diberentikan?? Kan semua biasa saja...mungkin dengan adanya guru besar baru sekolah tu lebih cemerlang...

Berbalik pada isu kereta tadi...KITA TUKAR SELERA UNTUK RASA KERETA BARU CUMA 5 TAHUN SAJA ...Kalau kita rasa kereta tu tak selesa dan memenuhi kehendak kita, kita TUKAR LAGI PADA KERETA LAMA .......tapi kita tetap dapat kereta ...jika pembangkang perintah pun saya tetap begini,tetap menjadi penternak dan melayan...pakcik tetap seorang peneroka...sama jaa kita ni". Penulis terang dengan panjang lebar ......

" Pandai la ko punya ayat". Perli Pokcik itu pula.

" Bukan pandai ...saya cuma nak betulkan FAKTA dan andaian saja,jangan kita salah faham dengan SISTEM DEMOKRASI yang KITA SENDIRI AMALKAN ". Kataku menyebabkan Pokcik dan Pakcik itu diam..saling memandang satu sama lain......

" Betul juga kata kamu tu...tapi.......pakcik TETAP AKAN PANGKAH BARISAN NASIONAL KALI NI...walau kereta lama pakcik puas hati!!". Keras betul hati orang tua ni....bisik hati ku. Namun itu tidak mengapa kerana sekurangnya sudah diterangkan APA YANG SELAMA INI CUBA DISEMBUNYI DAN  DITAKUTKAN ! 

Penulis cuma tersenyum bila melihat pakcik itu berlalu dengan motosikalnya dan Pokcik tadi menuju ke kereta proton Wiranya.....

TRIBA TRIBA.........

BAHU PENULIS DITEPUK tak kala sibuk melayan SMS ....

"Errrrrrrrrrrr...TOLONG TOLAK KERETA...TAK HIDUP PLAK!! " Kata Pokcik tadi menyebabkan penulis TERSENYUM........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.